MAKAN-MAKAN DI AWIET BISTRO CORNER

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

BANYAK lagi sebenarnya gambar makanan dalam handphone Sk ni. Masalah mental, kan.. asal nak makan je nak snap gambar dulu. Camera eat first katanya 🤭.


Repeat.. ke Awiet Bistro Corner bawa Iman pulak. Ni gambar bulan Julai 😆.


Sk makan Mee Goreng 🤭. Memang dari kecik ya suka makan mee goreng. Tahu tak, sampai sekarang Sk masih ingat rupa mee goreng kantin sekolah masa darjah 2. Tapi bukan mee goreng Sk tapi orang lain. Masih ternampak-nampak dia menyuap mee goreng guna sudu mungkum warna oren (macam sudu bubur tu). Sk hanya mampu memandang 🥹.


Kemahen malam-malam minum Cikong Sejuk.


Pak Inche makan Mee Rebus dan Kacang Pool. Iman makan Kacang Pool. 


Ni di hari lain, Iman makan Kacang Pool jugak. Sk dan Pak Inche makan Nasi Goreng dan Pak Inche makan Mee Rebus jugak.


Pandangan atas 😆


ABC dan Koko ke Coklat ni. Awiet memang femes la dengan dessert ais parut dia.


Ni datang dengan adik-beradik pulak lepas balik dari pengebumian Arwah Pak Cik Din. 


Padahal katanya Angah dah masak Asam Pedas Ikan Mayong kat rumah. Macam dah lama pulak tak pergi Awiet ni. Nanti la gaji kita gi ngeteh ramai-ramai. Tong-tong eh 🤭! 
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. saya baru je menggoreng mi pagi buat sarapan pagi tadi.

    ReplyDelete
  2. PH lagi suka bihun goreng, sebab kecik² dulu selalu makan. Bila kahwin, sebelah suami suka makan mee goreng, anak⁴ pun sama jadi kita layan je la hikhik...

    ReplyDelete
  3. SK kita geng memang suka mee goreng dari sekolah rendah, nak2 yang mak kita masak..lepas tu kan..kita ingat lagi mee goreng makcik kantin sekolah rendah..mee dia, sambal dia, telur goreng kuning cair dia..perghhhhh...x lupa rasa mee goreng tu..memang x jumpa la kat mana- mana..

    ReplyDelete
  4. aneka pilihan makananya nampak sedap, patut la akak repeat ke situ je kan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!