SHOPPING DI SALLEH FOOD

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT


LEPAS makan di Pak Yahya Asam Pedas Parit Jawa, Pak Inche ajak mengopi pula di Benut. Menggunakan aplikasi waze yang diset jarak terdekat, ia membawa kami melalui jalan kampung yang berparit-parit tu semua. Sk bukan apa, risau hujan lebat dan air naik jer nanti. Nampak la pulak banner sebesar alam, Salleh Food ni, cepat-cepat Pak Inche bagi signal belok ke kiri.


Pertama kali sampai Salleh Food. Biasanya kalau nak beli kerepek-kerepek, kami ke Azhar Food di Rengit.


Hari-hari hari raya, katanya. Berkumandang lagu raya sebaik sahaja melangkah ke ruangan kedai. Seronok pulak Pak Inche mendengar lagu raya rasa nak ikut berjoget agaknya 🤣.


Sk capai sebungkus Kopi Jowo. Betul ke segar dan menyegarkan, belum cuba lagi.


Ambil juga Kordial Mata Kucing dan Kundur ni sebotol. 


Putar Roda Impian dengan pembelian RM50 dan ke atas. Menang Clip Carrot (pengikat plastik makanan). Lupa nak ambil gambar, nanti la kita tepek kemudian, ada tu melekat kat Peti Sejuk.


Edit : Okey dah ambil gambar clip carrot. Comel kan.. tapi rasanya kalau plastik makanan kecik-kecik bolehlah guna kot. Atau kalau besar kena guna dua klip 😆.


Gedebak-gedebuk kena lapanploh inggit!


Dari Salleh Food, kami menuju ke Fumo Coffee Benut. Tapi tu la.. tak tengok betul-betul kat page dia.


Dia buka pukul 7 malam daaaaa.. yihhhhh!

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. gi kedai mcm ni mmg bahaya..ammi kalau pergi nak-nak dengan askar 3 ketul tu..tau-tau ratus2 je perginya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!