SOTO, LONTONG & LAKSAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

DAH tak ada mood menulis sejak kebelakangan ini. Barangkali terlalu penat menulis benda yang sama berulang-ulang. 


Dah berapa hari sejak minggu lepas sarapannya yang berat-berat aje. Ni semalam tapau Soto dari kantin. Memang dah set dalam mangkuk tu, nasi impit, ayam dicarik, taugeh, daun bawang dan bawang goreng serta sebiji begedil.


Tuang sup. Sup tu Sk bungkus asing dalam plastik. Nampak sup aje kan.


Nahhhh.. habuan jika sampai awal ke kantin, masih banyak ceker dan leher ayam dalam tong soto. Sedap betul, cair di mulut.


Pagi tadi tapau lontong pulak. Nasi impit, sambal kacang dan sambal tumis letak dalam polisterin bersama sebiji telur. Kuah lodeh bungkus asing.


Dah sampai pejabat, curah semua. Aaaa... Terliur tak???


Laksam ni pulak Cik Ani bagi masa balik dari hospital Sabtu lepas. Sabtu tu, Cik Ani dapat tempahan makanan antaranya laksam ni la. Sk balik rumah, rebus telue, fullamakkk!! Makan tak toleh kiri kanan ya ko Sk!

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ya Allah... Sedapnya kak... Lapar terus saya tengoknya

    ReplyDelete
  2. kuah lontong tu mintak ampun...tolong tolong nak jatuh dah ni.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya, lahai... tengok gambor. Saya paling lama tak makan laksam.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!