SEMINGGU JADI CIK TONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

MALAM tadi, Angah usahakan jugak agar ibu nak pindah tempat dari tepi dinding ke tengah. Angah siap beli kerusi malas, senang nak tidur katanya kalau jaga malam 😍. Entah, nak jaga ke, nak tidur ke, Angahnya ni? 😆


Susah betul nak suruh Mak Siti ni makan. Ni mukanya bukan senyum macam emoji tu ya, muka nak menangis tengok makanan.


Nampak tak nasi yg dah diasingkan tu, suruh makan habiskan yang tu jer pun tak nak. Takkanlah Sk hari-hari nak jadi Cik Tong.


Petang, Along Nita (sepupu) datang. Terkini, satu pesakit satu jer pelawat dalam satu masa. Pulak!

Sk turun bawah, baru perasan ada mini mart di kafeteria, kain batik, kain pelikat, sarung bantal semua ada jual. Lepas tu Sk beli pau sebiji kat kafe, makan kat situ sorang-sorang. Hari ni Cik Ani dan Cikwa tak datang. Takpelah tak datang pun, bukan boleh naik ramai-ramai. 


Habiskan lontong pagi tadi. Tapi dah jadi lontong keringlah, kuah lodeh Sk makan tengahari dengan nasi hospital. Tengah makan tu la, Izzat dan Ilham datang hantar kerusi malas. Izzat nak balik Ganu malam ni.


Setiap kali, nurse akan tanya, nak makan tak, jika nak baru dia bagi makanan. Sk buka lambat penutupnya, lauk ayam la pulak, ibu tak makan ayam kan. Tapi, kalau makan pun, ibu tak nak makan. Nantilah malam-malam kalau rasa nak makan baru makan. Harap lauk tu bertahan sampai malam laaaa.. Ni dah seminggu jadi Cik Tong, nanti bak kata Angah, mak keluar hospital, kita yang gemuk 🤭.
Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ooo bukan terus bagi ye makanan? tanya dan beri pada yang kata nak makan saja la ye?

    ReplyDelete
  2. Itulah ketat sedikit jumlah pelawat boleh masuk satu-satu masa.
    Lain hospital lain sedikit jumlah pelawat.
    Abah masa masukpun tidak lalu makan. Kadang-kadang bawa balik makanan yang Abah tidak makan.

    ReplyDelete
  3. hospital kerajaan memang macam tu. rules asyik tukar tukar, makin ketat pulak tu.

    ReplyDelete
  4. macam mana keadaan mak akak?harap semakin baik..kalau ayah saya masuk hospital duk ulang2 cakap dekat doktor pakcik ni lagi lama duduk hospital lagi sakit,pakcik nak balik rumah...hahaha aduiila macam2 ragam orang tua

    ReplyDelete
  5. nnt bila mak siti dah discaj jgn lupa naik atas penimbang ye kak.. hihihi... gurau je... semoga cepatlah mak akak boleh discaj

    ReplyDelete
  6. Orang sakit manalah selera nak makan kan SK. Tak apalah, jadi cik tong sesekali.

    ReplyDelete
  7. takpelah..tong pun tonglah...janji jangan membzir...amalan syaitonnirrajimmmmm

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!