Assalamualaikum WBT
SEMALAM petang hujan lebat melanda ketika betul-betul waktu balik kerja. Tapi, kat pejabat Pak Inche (Bandar Baru Uda), belum hujan lagi. Padahal, sebelah-sebelah aje pun kawasannya. Kemudian, masuk Jalan Skudai, hujan berterusan, mujur air tak naik depan Skudai Parade tu. Masuk Jalan Pontian, tak hujan. Di persimpangan lampu isyarat Bandar Baru Kangkar Pulai, jelas hujannya dekat depan aje, selepas tiang lampu isyarat yang memang selalu berlaku begitu. Masuk simpang taman, tak hujan pulak. Dah sampai rumah, hujan mula lebat. Wallahu 'alam.
Hujan turun sampai malam. Sk minta Iman buat pesanan makanan dalam talian, guna Grab Food aje la yang senang. Teringin nak makan sate benonya.. pilih-pilih-pilih... 3 makanan panas dan sate 30 cucuk, RM94??? Giler! Pak Inche kata, jomlah kita pergi makan kat Anisah 😆.
Mengancam semua menu..telan air liur SA..nampak sedap..comel Iman buat muka cenggitu
ReplyDeleteKuey Teow Penang jenis mcm ni yg ammi suka... bila nak ke johor ni?
ReplyDeletemehun goreng tu menggoda lah kak
ReplyDeleteHahaha.. comei muka Iman, kena cukai dek bapaknya. :D
ReplyDeleteSaya suka kuetiau kering lagi, dari basah. Kalau boleh, nak ada rasa hangit-hangit sikit. Hehe..
Sedap-sedap tengok makanannya. Saya tak tahu apa itu lok-lok. Macam steambot, tapi jenis cucuk-cucuk ya.
Ooo..tak pernah makan Mihun hailam 😃 Menarik nampak menu ni..Thanks sharing info..hahaaa.. Muka Imannn.. Lucu dong! Kena CUKAI 😁
ReplyDelete