MENGINAP 2D1N DI COURTYARD BY MARRIOT MELAKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT

TAK puas katanya jalan-jalan masa ke General Lodge, Pantai Remis, Jeram, Selangor hari tu

🤔

Yang tu kan.. memang programnya Family Day Keluarga Tok Min.. bukan jalan-jalan..

Kemahen ya dia memujuk nak jalan-jalan ke Melaka ni. Sk ni tak sampai hati dibuatnya, jadinya jomlah kita. Tapi syaratnya Sk tak nak keluar duit langsung walaupun beli air kat Petronas 😆😆😆.


Tapi tu laaa.. belum sampai Machap, member dah menguap-nguap. Sudahnya, Sk mengambil pemanduan dari Machap sehingga ke Plaza Tol Ayer Keroh.


Macam laju jer perjalanan kali ini tiber dah sampai kampung angkat Pak Inche. Baca dalam group whatsapp, hujan lebat mencurah-curah di Tanah Jauhar tapi Melaka panas terik walaupun dah petang.


Sebelum daftar masuk hotel, Sk ajak Pak Inche makan dulu. Kami ke Klebang dan singgah di warung yang terletak berdekatan pintu gerbang masuk ke Klebang Street yang menempatkan pameran kapal selam dan bas-bas lama tu. Sk pesan Mee Hailam dan Pak Inche makan Kuey Teow Kerang. Sekuali ya kuey teow Pak Inche. Lagi best, diorang tak lokek letak cili jeruk sebotol besar atas meja. Bagi Sk masakannya sedap. Coconut shake pun lagi sedap dari tempat yang viral tu.

Paling terkejut, kuey teow selambak tu, Mee Hailam, Air Kelapa sebiji dan Coconut Shake segelas besar tu, baru RM28.


Susah betul ya nak suruh tengok kamera, asyik sangat dengan air kelapanya tu 😆.


Tengok kenderaan berpusu-pusu masuk pintu gerbang ni, kami pun masuk la.. tapi cuma menyusuri jalan, duduk dalam kereta aje dan terus ke hotel. Meriah betul!


Pak Inche tempah hotel baharu buka, masih bau kedai lagi 🤣, Courtyard by Marriot Melaka. Dengar nama Marriot aje, memang tiada bantahan la 🤭🤭. Serius la.. cepat gila proses daftar masuk sampai Sk lupa nak ambil gambar di lobi. Lobi dia memang cantik di dalam dan di luar, sangat mewah.


Masuk jer bilik memang rasa seronok sangat walaupun ia menerapkan ciri moden seperti kebanyakan hotel yang pernah kami inap tapi biliknya kelihatan luas dengan siling yang tinggi. Bilik dilengkapi dengan katil bersaiz raja dan sebuah sofa bersaiz katil super single.


Memang besar, tengok Sk pun nampak comel jer atas sofa tu kan 😍.


Tv pun besarrrrr gedabak. Puas tengok muka orang dalam tv tu tapi tu la, tak sempat sangat nak layan movie. 


Bilik dengan pemandangan bandar berserta sarapan untuk dua orang. Ni pemandangan dari tingkat 15.


Suka kemasan perabot tersorok yang menempatkan air mineral, kopi dan teh serta kettle elektrik juga peti sejuk mini.


Ada extra air mineral, kok letak dalam bilik air, mungkin ada yang cuci muka dengan mineral water 😆. Bilik air luas dengan ruang pancuran berasingan.

P/S Mintak-mintak Wak WP tak perasan gambar ni 🤭


Tak ada masalah jika tertinggal berus gigi. Tuala mandi, tuala rambut dan tuala muka lengkap.


Juga seterika dan papan penggosok serta selipar tidur yang tebal. Marriot kan.. nanti kita nak datang lagi, la.


Malam tu kami keluar makan ke Taman Tanjung Minyak, Jack Sparrow Chinese Muslim. Sebelum tu berbelah bagi jugak sama ada nak makan Ikan Bakar Cikgu atau Asam Pedas Hajah Mona.

Courtyard by Marriot Melaka ni terbahagi kepada dua iaitu residence dan hotel guest. Ada tingkat khas untuk residence manakala untuk hotel guest boleh letak kereta di tingkat 5, 6 atau 7. Sistem letak kereta canggih, ia mengesan nombor kereta dan parkir percuma jika anda merupakan tetamu hotel. Jika anda ada majlis di ballroom bolehlah terus letak kereta di tingkat 7.


Sk dan Pak Inche ambil Western Breakfast aje.. punyalah banyak pilihan, sosej ada dua jenis, ayam dan lembu. Kami berdua bercadang nak pergi makan Asam Pedas 35 lepas check out, tu yang tak nak makan nasi lemak atau lain-lain. Rugi betul rasanya sebab tak pergi pun makan Asam Pedas 35 di Bandar Melaka tu memandangkan perut masih kenyang. Celah bedah mana nak sumbat asam pedas 🤭.


Aaa.. selain western breakfast, ni sajalah Sk ambil, rugi betul tau.. Pak Inche ambil juga telur setengah masak dan roti bakar. 


Lepas makan kami jalan-jalan tengok kolam renang yang terletak di tingkat 8. Untuk naik ke semua tingkat dan masuk ruang kolam ni kena sentuh kad bilik. 


Yang ni kolam kanak-kanak. Belah pagi ni nampak panas la mungkin jika petang dah redup sikit terlindung dengan bangunan.


Dekat sini ada ruang melepak yang luas tapi tu la.. tak ada kafeteria dibuka untuk minum-minum, mungkin akan datang, tapi kaunter pun tak ada lagi.


Satu lagi tempat healing. Tapi, bagi Sk lepak kat bilik lagi best sebab ada pendingin hawa 😆. Skema betul, pendingin hawa kata kau 🤭.


Bersiap-siap nak menempuh sebuah perjalanan yang panjang. Tahulah Pak Inche, kalau balik dari Melaka tu, mana mahunya dia nak masuk highway 🥹.


Bawa beg toiletries Pak Inche ni dah rasa macam Ayappan dalam filem 80-an yang dia jadik doktor haiwan tapi bidankan orang bersalin tu, apa ke tajuk filemnya.. yang Aziz M Osman berlakon tu, hahahaha.. lupaaaa tajuk 🤣.






Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lama nya tak gi melaka tapi time cuti2 sekolah memang tak sanggup la nak jejak.. btw wah hotel baru kah? nampak gaya nnt bole try juga ni hehehe tgk pool tu cam dah memanggil ssangat ni :D

    ReplyDelete
  2. Kalau dah namanya Marriott tu mmg syok la stay kan SK... Nak² pulak hotel baru, lagilah heaven!

    ReplyDelete
  3. Ni trip honeymoon bersama pak inche ke? hehe. Memang best duduk kat Courtyard Melaka ni tapi masa kiteorg datang dulu tengah cuti sekolah kelam-kabut sikit proses check-in.

    ReplyDelete
  4. Bestnya SK!
    Macam lama saya tak jalan-jalan keluar dari LD.
    Tak sabar rasanya nak tunggu cuti dua minggu lagi.

    ReplyDelete
  5. sambil mandi haus...takkan nak minum air paip. tu yg dia sediakan air mineral.

    Wak oh Wak...ni SK panggil masuk tengok gambar ni

    ReplyDelete
  6. Courtyard by Marriot ada juga di Melaka..saya stay dkt Setia Alam aritu...syok tu pjg swimming pool

    ReplyDelete
  7. wah bestnya kak cantik hotelnya...puas hati duduk

    ReplyDelete
  8. Kalau dah Marriot kann Kakk, memang servis tiptop.. nanti jke Melaka bolehlah stay sini..

    ReplyDelete
  9. menarik la hotel dia..harga ok tak? masuk list la..mana tau nak dating sini plak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!