MAKAN DI RESTORAN YEO SEKELUARGA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


SEHARI sebelum hari yang Sk masak Nasi Lemak tu, memang rancangannya nak masak nasi lemak juga tapi tak jadi sebab Pak Inche ajak makan di luar pulak. Kami ke Restoran Masakan China Muslim Yeo Sekeluarga di Gelang Patah. Dah banyak kali Sk blog tentang Restoran Yeo di Alam Sari Tanah Jauhar.


Pilihan menu tulis sendiri atas kertas nota yang disertakan bersama buku menu. Disebabkan Iman tak ada, kenalah tulis sendiri. Ambil empat jenis lauk dan Cakue Mayonese kegemaran.


Cakue Mayonese (RM16) ni memang favourite Sk sejak dulu-dulu. Pertama kali makan cakue mayonese di Restoran Steamboat Rawa, Taman Pelangi.

Sebelahnya tu, Chicken Lemon (RM18). Ayamnya rangup dan empuk, sos lemon masam manis.. kecur pulak menaip ni 😆.


Baby Kailan Sos Tiram (RM13), sebagai pelengkap pengambilan serat.


Sizzling Tofu (RM16). Ni pun kegemaran Pak Inche. Memang selalu pilih lauk yang Pak Inche suka aje la.. semua lauk yang dia suka, Sk suka aje 🤣.


Lupa nak snap pic Siakap Stim Lemon (RM30). Sama harga dengan Siakap Tiga Rasa di Jack Sparrow, tapi Jack Sparrow besar ikannya. Ngam-ngam bilnya seratuih, dapat diskaun 70 sen, heheheh.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Siakap RM30 jer oka tu murah.. Nampak makanan pun sedap2 :D

    ReplyDelete
  2. Eeeh... belum pernah rasa cakue mayonis. Teruja dan merasa.

    ReplyDelete
  3. teringin nak beli sizzling pan ni...pastu boleh main masak2 sendiri kat rumah. tp kalau beli pan kene beli ngan pengepitnya sekali kan

    ReplyDelete
  4. menarik gak yang ni...size S pun nampak besar portion dia SK

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!