IBU DISCAJ WAD

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT


ALHAMDULILLAH.. ngam semua anak-anak Awang dapat tunaikan amanat jaga isteri yang ditinggalkan buat selamanya lebih 30 tahun lepas. Along balik kali ni check-in di hotel 10 bintang Hospital Sultanah Aminah 😆, jaga ibu yang dipanggilnya umi dari hari sabtu sampai petang Ahad. Petang tu, ibu dapat discaj. 


Hasil pemantauan selama seminggu di hospital, ibu tidak mengalami sebarang penyakit, bacaan tekanan darah baik, jantung, paru-paru dan buah pinggang juga tidak menunjukkan sebarang masalah. Ibu sakit dada tu kerana darah pekat membuatkan jantung berusaha keras untuk mengepam darah, sudah diberikan ubat cair darah. Semalam, ibu menjalani ujian scope dan ditemui ulser di perut. Lepas ni satu lagi ujian akan dijalankan tapi boleh balik rumah dulu.


Selesai urusan ibu, Sk hantar Along ke Larkin Sentral. Punyalah panjang orang beratur nak beli tiket sampai melingkar-lingkar. Sk suruh Along beli tiket online. Masa datang tuari pun beli tiket online juga. Lepas beli tiket barulah boleh print boarding ticket di kaunter boarding.


Macam nak naik kapalterobang. Setengah jam sebelum waktu berlepas, baru boleh masuk balai berlepas 😆. Sk balik dulu. Singgah tapau makan malam di Restoran Ainoni, nasi goreng sotong untuk Pak Inche dan Kuey Teow Celup untuk Sk.


Kenangan hari sabtu, Atul dan Nani datang melawat ibu. Jumpa di bawah blok hospital jer. Atul tinggal di KL.


Pagi tadi, bawa sarapan ke rumah ibu. Alhamdulillah, nampak ibu ada selera sikit dah.


Sk tapau Nasi Lemak, Meehun Goreng, Lempeng Sambal Hijau (5's), Talam Suji (5's) dan Karipap /Popia Otak-Otak (5's). Melampau punya tapau 🤭.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dah lama tak blogwalking, tak tau pun ibu SK masuk hospital. Alhamdulillah dah discaj. Semoga sihat-walafiat hendaknya, Ameen YRA 🤲🏻

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...semoga Ibu SK terus sembuh ye

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, ibu SK dah keluar. Nikmat, dapat makan sedap-sedap di rumah.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... semoga Ibu sihat-sihat saja.
    Teringat Bonda kita di kampung!

    ReplyDelete
  5. ibu nak makan lauk kat rumah sendiri...kat meja makan sendiri

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah ibu SK dh discaj..slamat berehat di rumah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!