MAKAN DI PAK YAHYA ASAM PEDAS MEDAN SELERA PARIT JAWA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

DARI Melaka, kami menuju ke Muar, perjalanan lancar dalam cuaca yang redup. Tak dapat makan di Asam Pedas 35, jomlah kita cari Asam Pedas Parit Jawa pula. Kami bercadang untuk makan Asam Pedas di mana-mana gerai di Medan Selera Asam Pedas Parit Jawa.



Inilah rupa Medan Selera Asam Pedas Parit Jawa. Ada yang dimiliki peniaga melayu dan ada juga yang dimiliki peniaga cina. Boleh duduk di mana-mana meja, tiada masalah depan gerai mana. Tapi, tentulah kita pilih Asam Pedas dari orang melayu kita. Kami ke gerai Pak Yahya Asam Pedas (No 1) memandangkan sebelumnya kami ke gerai Mak Pon ke.. Pak Pon ke.. tapi tak dilayan. Ada sebuah lagi gerai melayu di tengah-tengah tapi yang tu menurut kata kawan Sk (orang Muar) cuma dibuka petang hingga malam.


Ambil dua bahagian isi ikan jenahak. Ikannya dipotong besar-besar, gulai asam pedas cair tapi rasa tidaklah mengecewakan apatah lagi di waktu perut sedang lapar. 


Cuma ada sayur kubis. Walaupun pengidap eczema dilarang makan sayur kubis, Sk peduli apa. Tak ada sayur, tak kenyang dibuatnya.


Sambal belacan bersama timun dan kicap, tak perlu diminta, dihantar terus ke meja bersama pesanan lain.
Seingat Sk, di rumah kami dulu-dulu-dulu, sambal belacan bukanlah kemestian untuk dikawankan dengan asam pedas. Kami buat sambal belacan kalau ada lauk kari ikan aje. 


Sangat berpatutan harga yang dikenakan..

Asam Pedas Ikan Jenahak 2 ketul
Sayur Kubis Goreng
Telur Dadar
Nasi Putih 2 pinggan
Ais Limau 2 gelas

RM30


Kami tinggalkan medan selera ketika gerimis mula mengundang.


Hi hi bye bye kat moo. Kesian dia sekor-sekor kat sini.


Sajalah melawat Pasar Parit Jawa yang baharu pula. Pasar lama dah tinggal tapak je, semua peniaga sudah dipindahkan ke sini.


Lebih bersih dan luas. Kami tak beli apa-apa cuma tengok-tengok aje. Tong ikan pun tak bawa, kan.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. jarang org jual kobis manis tumis mcm tu.. selalu guna kobis yg putih tebal tu je... sy mmg x mkn kobis tu.. tp kalau kobis manis ni tumis dgn udang mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, kalau kat sini biasa mmg dorg tumis jer kubis tu, sesuai la dgn asam pedas.

      Delete
  2. seriuslah nak makan kedai mulut melahar tu? ammi risau kalau makan kat situ ngan ammi sekali berlawan mulut karang ahaksss

    ReplyDelete
  3. Tu la SA terkejut dah ada pasar baru..SA suka pi yang pasar lama..tapi padat la kat situ..berlaga bahu ngan orang je kan...tapi best dan meriah..kedai Mak Pon tu SK x dilayan? siyes laaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!