MAKAN DI THE HA ALIFF HOT PLATE HUB

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT


DAH lama tak makan Hot Plate di Restoran Hot Plate yang menjadi tumpuan di Taman Universiti. Minggu ni minggu konvo, memang penuhlah parking, nampak ramai belia makan ramai-ramai semeja. Di meja belakang dengar seorang ibu bercakap dalam dialek Kelantan, mungkin menghadiri konvokesyen si anak. 


Sebelum pandemik dulu memang selalu la makan di sini. Pak Inche penggemar mee sizzling. Tapi ada ada beberapa kali tu (sebelum pandemik lagi) dapat kuah masin dan rasa hangit, lama-lama tak datang lagilah. 


Nampak banyak renovasi telah dibuat. Cuma Sk tak ingat adakah Ha Aliff ni nama restoran yang asal.


Mula nak makan Mee Sizzling jugak tapi terliur pulak tengok ada menu Creamy Tomyam. Sk menyudu sedikit sos creamy tomyam tu, terasa peritnya.


Sukalah Pak Inche dapat Mee Sizzling sedap. Tapi tulah, sikit betul dia bagi ayam dan cendawannya 🤣.


Walaupun masin tetaplah makan. Mujurlah masinnya boleh ditelan, itupun Sk tapis-tapis kuahnya tu, guna garfu ambil spaghetti aje. Sayang pulak kalau tak dimakan, tapi kalau betul masin tak boleh telan memang Sk pulang balik la 🤭. Masa bayar tu, Sk cakap jugak dengan cashier tu, kuah spaghetti masin sangat. Bolehlah nanti dia beritahu dengan tukang masak untuk kurangkan garam 😆.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ha masin sangat mau darah tinggi kita mencanak naik nanti tu :p

    ReplyDelete
  2. Aduhai masin...nak kwen ke apa yang masak tu..eh...hehehehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!