Assalamualaikum WBT
ENTAH apa yang salah, eczema datang lagi malah kali ini disertakan bersama dermatitis. Kulit jadi bengkak-bengkak dan merengsa. Mula macam tumbuh ruam, rapat-rapat dan meneritip macam kulit cempedak ya. Ada bahagian seakan melepuh tapi mujurlah tidak berair.
Apakah Dermatitis?
Dermatitis adalah keadaan eczema yang menyebabkan bengkak dan kerengsaan kulit. Ia mempunyai banyak sebab dan bentuk dan selalunya melibatkan kulit gatal, kering atau ruam. Atau ia mungkin menyebabkan kulit melepuh, meleleh, berkerak atau mengelupas.
Manakala Eczema (Dermatitis Atopik) adalah keadaan yang menyebabkan kulit kering, gatal dan meradang. Ia biasa berlaku pada kanak-kanak kecil tetapi boleh berlaku pada sebarang umur. Namun, sama ada dermatitis atau eczema, ia tidak berjangkit.
|
Gambar dari Group FB Eczema |
Sk mengalami eczema sejak kanak-kanak. Pernah kena macam dalam gambar tu masa sekolah rendah. Kena pergi hospital untuk cuci kulit kaki tu. Along la bawa Sk ke Hospital Pontian, lepas tu nurse suruh bawa pergi cuci di pili air luar klinik. Sk berdiri dan Along cangkung tolong gosok guna kain kasa yang dibasahkan sebab nurse suruh tanggalkan kulit luar yang buruk tu. Sakit, kan.. Sk suruh Along gosok pelan-pelan. Lepas tu nurse datang marah-marah, kalau gosok macam ni macam mana nak tanggal. Nurse tu terus ambil kain kasa dari tangan Along dan ganyang kaki Sk, huwaaaaaa! Tak lama tu dah baik ya. Setahun sebelum tu kena kat tangan tak baik-baik sampai ibu abah bawa berubat kampung. Ingat lagi, Tok Sahid kumur-kumur lepas tu sembur kat muka dan tangan Sk. Sampai Angah buat bahan, muka kena sembur ailio Tok Sahid 🥹.
Sebelum PKP dulu, Sk kena jugak eczema. Ni alahan lepas pasang wallpaper. Tapi cuma eczema, tak sampai jadi dermatitis beruam-ruam semua. Sk banyak duit masa tu, untung berniaga, hahahah.. Sk beli produk kulit sensitif jenama Eucerin. Kali ni seram tengok harga dia, tak ada yang puluh-puluh, semua ratusannnn. Dulu pun ratus jugak, tapi ni nak dekat RM200 sebotol jika botol besar. Beli botol kecik mana cukup, lagipun botol besar lagi jimat kan.
Orang eczema ni tak boleh guna produk mengandungi pewangi dan buih. Haishhh.. dah lama langgar pantang tu kan. Sk buat carian di Tik Tok, antara produk sesuai penderita (derita kata kau!) adalah jenama Cetaphil atau QV. Cetaphil mahal juga, tengok QV berpatutan jugaklah harganya.
Sabun untuk mandian ni RM24.90 botol kecik, itupun sebab Purchase With Purchase (PWP). Itulah kesiannya Sk ni sejak dulu memang berhabis duit untuk kulit, dari masalah jerawatnya, kelemumur la.. macam-macam dibeli dan dicuba supaya dapat hidup normal macam orang lain sampai ada kawan yang cakap seolah-olah duit dia selamat laaa tak payah beli macam-macam produk macam Sk sebab kulit tak ada masalah.. hurmmm. Tapi, Sk tengok dia sekarang, malas pulak nak cakap, takut termengumpat pulak kat sini 🤭.
Selepas 12 hari menggunakan produk QV Gentle Wash dan Skin Lotion, Alhamdulillah, nampak ada perubahan yang positif. Sk mandi dua kali sehari guna Gentle Wash dan lepas keringkan badan, terus sapu Skin Lotion tu banyak-banyak, syukur serasi. Tinggal nak cari krim untuk hilangkan parut tu la. Nak sapu Bio Oil, tapi Bio Oil tu wangi. Mungkin teruskan dengan jenama QV ni jugak.
Jumpa di Tik Tok seorang brother ni kongsi QV keluarkan produk khas untuk eczema tapi Sk puas jugak cari yang warna ungu ni tak jumpa, cuma ada yang biru aje. Mungkin belum masuk pasaran lagi sebab ia produk baharu jenama QV. Jadi, siapa yang ada masalah eczema, boleh la cuba jenama QV, mana tahu, serasi.. insyaAllah 😍.
Boleh try brand ni...
ReplyDeleteDeritanya....
ReplyDeleteMungkin sudah sampai masanya senaraikan jenis-jenis makanan yang tak boleh diambil. Kena istiqamah untuk terus ucapkan selamat tinggal buat eczema!
Kak, nanti kita wahtsapp akak satu produk ni, sangat bagus sebab kawan Lin ada guna dia penderita enzema.. boleh cuba nanti.. moga akak terus sihat selalu..
ReplyDeleteTq tq info 👍
ReplyDeleteNak try utk Abang