Assalamualaikum WBT
DAHSYAT ya, penipuan maya zaman sekarang. Dulu.. jika mereka godam, mereka godam aje. Jika mereka tipu, mereka tipu aje. Sekarang ni, mereka bukan sahaja tipu, tapi godam sekali. Realitinya, godam tu pun dah satu penipuan juga! Cubalah cari duit dengan usaha yang berkah, bukan usaha menipu orang.
Ceritanya, masa telematch di Program Citra Pesona tu, dah nak masuk waktu asar, jadi, sementara tunggu azan tu, kami diberikan rehat sekejap. Memasing capai la handphone dan beberapa orang di antara kami dapat whatsapp dari 'salah seorang dari kami'. Contohnya, Sha, Fiza, Hajar.. tiga orang ni dapat mesej dari 'Ina', minta masukkan RM8K ke dalam akaun 'Ina' sebab kononnya ada kecemasan. Sha, Fiza, Hajar dan Ina pulak, sama-sama baru lepas telematch. Dah depan-depan hidung, apekehelnya pulak la nak berwhatsapp nak pinjam duit, kannn 😆. Sampai 8000 pulak tu 🤣.
Dahlah 'Ina' ni menyamar jadi Ina, tu dah tipu. Dia boleh godam ya akaun whatsapp Ina tu, dari gambar profile, nombor telefon dan nama sekali. Contohnya, mereka ni simpan nama Ina sebagai Kak Ina, profile whatsapp tu pun nama Kak Ina. Sebijik sejibun dia tiru! Jahat sangat! Maka susah hatilah Ina, semua orang susah hati jugak jadinya 🥹.
Menarik menu2nya. Siakap 3 rasa dari gambar nampak ok tapi rasa tak ok pula ya.
ReplyDeleteOk rasa siakap tiga rasa tu, mesti salah pemahaman ni 😆
DeleteXY je? Mana Z nya?
ReplyDeleteZ belum sampai 🤭
DeleteHehe banyak pesannya. Ada pencuci mulut juga.
ReplyDeleteOkaylah harga macam tu...sekali-sekala.
ReplyDeleteTapi, kan...Tengok sizzling beancurd tu macam sedap jer. Ni yang nak cuba buat nih. Hu3.
Aiseh tersilap baca tentang siakap 3 rasa tu.
ReplyDeleteMacam biasa la masuk wishlist lagi, mama dania pantang seafood sementara so lepas bulan 2 baru makan seafood semula ye..hahahaha
ReplyDeleteselalu baca blog kat phone nampak perubahan kat layout...rupanya mmg bertukar layoutnya pun.
ReplyDeleteapa kes cendawan lagi mahal dari seafood kan?..tp menggiurkan lagi mengairahkan gambar2 amik dari jarak dekat ni. masa tengok mushroom tu ammi terbyang2 bila msuk mulut Ya Allah...melimpah2 jusnya dalam mulut. Adoiiii kekejaman level apakah ini?