SEMALAM CUTI

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT

SEJAK ibu sakit, tak ada mood nak berblog sangat. Nak makan-makan dan jalan-jalan pun sebab bersebab. Kehidupan harus diteruskan.


Semalam, Sk dan Pak Inche sama-sama ambil cuti. Sk tahu dah, mesti penat balik dari Family Day tu nanti. Pak Inche bila tahu Sk cuti, dia pun mohon sekali. Lepas tu pergi sarapan di Restoran Thoufeeq, makan puri dan tosei. Tapaukan Iman Roti Telur sebab dia lagi sayang bantal dari ikut pergi sarapan. Dia ada kuliah online jam 11 pagi dan petangnya ada pertandingan bola jaring.


Fikir-fikir, daripada makan tengahari di luar, baiklah masak. Yang paling cepat defrost, udang la. Kalau nak masak ayam ke.. daging ke.. nanti lambat pulak sebab last minute baru buat keputusan untuk masak 😆. Cili tu pun memang dah ada, sup sap sup sap, siap Sambal Tumis Udang.


Goreng Telur Dadar. Haaa.. macam ni la kalau masak sendiri, yang mudah-mudah aje. Iman pun nak tunggu baju kering dalam dryer baru balik kolej. Sempatlah bagi makan kenyang-kenyang sebab petang nak bersukan pulak. Malamnya, pun malas nak keluar makan, panggang sosej, daging burger, panaskan kacang panggang dalam tin dan buat telur mata aje, done 😂.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Masak simple dua jenis lauk tu yg kadang2 dua klai tambah kan :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!