SABTU MASIH DI SINI

Seri Kandi Tanah Jauhar
2 minute read
5

 Assalamualaikum WBT


PAGI semalam, Along sampai dari Melaka. Along naik bas jam 6.30 pagi dari Melaka Central dan sampai di Larkin Central jam 9.30 pagi. Iman dari awal dah pesan, jangan lupa ambil dia sebab nak tengok nenek juga, jadi, Sk ambil Iman dulu sebelum ambil Along. Bawa Along makan dulu di kafeteria hospital sebab Along kata nak ambil baton jaga ibu. Along makan nasi campur terus, lauk sardin, peria dan tempe sambal kering (RM8), Sk ambil Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah (RM7), Iman makan Soto (RM7).


Sementara tunggu waktu melawat, bawa Iman mendobi di Senai, sebab hantar Angah balik sekali, jadi, takyahlah Ilham datang ambil. Iman kata, dobi di kolej, tak bersih dan dryer pun tak kering. Iman beli downy dari Speedmart di sebelah dobi, murahnya, baru RM16+ (1.35Liter). Hari tu, downy setengah botol tumpah dalam kereta, punyalah wangi kereta kita 😍.


Sk terus suruh Iman belikan yang 2L, RM19.90. Percaya tak, Sk beli di pasaraya tuari RM42 macam tu, giler betul harga barang sekarang! Kemudian, kami ke City Square, Sk nak beli losyen untuk kulit eczema jenama QV sebab nampak fyp di Tik Tok tapi tak ada. Yang biasa Sk pakai tu ada laaa.. dah cari banyak tempat tak jual, mungkin untuk pasaran Singapura sahaja ada. Di City Square Iman kata badan dia seram sejuk, tekak sakit dan rasa nak demam. Masa mendobi tu elok aje katanya. Sk ambil keputusan untuk hantar dia balik kolej aje.


Sebelum balik kolej, makan dulu di Johnny's Restaurant. Sebelum tu masuk Secret Recipe tapi banyak menu not available, tiga menu yang kami nak makan semua tak ada. Di Johnny's ambil Set Hidangan A (RM39.90/2 - 3 pax). Lengkaplah set ni, ada Tomyam, ada sayur kailan dan satu lauk lain ala-ala kapraw.


Hari ni kalau masih demam, dah pesan dengan Pak Inche, bawa ke Pusat Kesihatan U.


Lepas tu terus ke hospital semula. Tunggu kat kafe sebab kita beri peluang kepada pelawat lain. Yang datang semalam, Atul, Nani, Kak Ngah dan Kak Adik. Terima kasih semua 😍.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nak tengok lotion eczema tu boleh?

    ReplyDelete
  2. Ibu SK masih warded ye? Semoga diberi kesembuhan segera aamin 🤲
    Kitorang hari tu softener tumpah juga dalam kereta, pening pulak rasanya, bau kuat sgt wpun wangi haha

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sihat ibu akak... skrg sy save sikit x pakai downy.. pakai TOP bau wangi pun melekat jugak... kalau baju² baru baru letak downy... baju harian kita guna TOP.. hihihi

    ReplyDelete
  4. Boringkan masuk SR tetapi banyak menu tak ada.

    ReplyDelete
  5. Allahu...semoga Ibu dikurniakan kesihatan yang baik dan diberkati selalu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!