NASI GORENG SEAFOOD DAN LEMANG RENDANG DAGING

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum wbt

DAH dua minggu berturut-turut nampaknya, Sk cuma masuk pejabat, tiga hari sahaja iaitu Selasa, Rabu dan Khamis. Makin lemak badan ni asyik bercuti aje. Pak Inche tu la, asyik berzikir ajak JJCM ke Muar (bunyinya Muo). Kita layankan sajalah kehendaknya tu selagi ada umur dan kesihatan yang diberi oleh Allah swt.

Cerita JJCM Muo, Sk akan cerita dalam entri yang akan datang. Gambar banyak nak kena pilih, kan. Kita cerita kisah balik dari Muo, siang tadi. Kononnya nak tapau Nasi Beriani Md Sah di Batu Pahat, tak dapat. Jangan kata Nasi Beriani Md Sah, semua kedai yang jual nasi beriani di benteng tu, kehabisan nasi padahal baru jam 12.30 tengahari. Kita ni dah beratur panjang, geram betul!


Pergi pula ke Restoran Kari Kambing 40 Hari. Rupa-rupanya cuti sakan dari 2 Mei hingga 22 Mei. Dah dua kali tak ada rezeki nak makan nasi arabnya tu. Hari tu datang hari pertama puasa balik dari Melaka tu pun, tutup juga. Ke.. nak kena datang majlis walimatul urus anaknda Tuan Haji Anuar, hehehe.


Nampak pulak Lemang Seri ni di tepi jalan menuju ke Plaza Tol Ayer Hitam. Memang setiap kali nampak lemang, ditegur.. nampak lemang tegur. Kali ni, kita singgahlah beli.


Pak Inche yang turun beli lemang sebatang. Rendangnya dua mangkuk. Lemang minta belahkan siap-siap, bagus jugak, taklah terjadi tragedi lemang mentah bila dah sampai rumah. Nak pulangkan minta ganti baru, bukannya dekat dua tiga batu. Rendang Daging RM6 semangkuk. Sedap lemangnya, rendang pun sedap.


Untuk Iman yang tak makan lemang, Sk gorengkan nasi. Macam selalu la, nasi yang dikumpul sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit banyak. Sk ni sayang nak buang nasi. Kalau tak habis makan tu, terus masukkan dalam bekas, simpan dalam peti sejuk. Bila ada kecemasan tak ada makanan dalam rumah, bolehlah digoreng.


Juadah makan malam, malam ini, Lemang dan Rendang Daging serta Nasi Goreng Seafood. Malas nak keluar mengadap jem sana-sini. Tak tahulah dari mana datang kereta banyak-banyak. Kalau keluar juga, kereta kami pun nanti turut menjadi penyumbang pada kesesakan jalanraya. Jadi, lebih baiklah duduk rumah ontok-ontok saja, hehehehe.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Frust juga ye SK bila kita dah penat beratur tup-tup makanan habis :(
    Sedap pulak nampak nasi goreng tu SK...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita agak, dah ada ulat nasi beriyani, sebab tu kita yg datang walk-in ni tak dapat.

      Delete
  2. Kak, simpan nasi dalam freezer ke hanya masuk je, sebab tak pernah lagi simpan, kalau nasi harini tak habis, memang pagi soknya terus buat NG.. kot mana tau nanti nak simpan nasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk chiller jer, simpan dalam bekas bertutup boleh tahan seminggu.

      Delete
  3. KK40H tu mesti ramai jugak kan masa majlis kawen anaknya nanti..lemang tu lemang akak ke, ada nama Seri..ehhh hahahahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ada jugak yg perasan tu lemang akak, hehehe. Tulah, kalau dekat, nak aje pegi makan kenduri KK40H tu, tapi jauh ni, tak sanggup nempuh orang mesti ramai.

      Delete
  4. dah untung banyaklah tu restoran kambing 40hari...sakan bercuti raya ihikssss

    ReplyDelete
  5. SA mengidam lemang gak ni....alahai...sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!