Assalamualaikum WBT
SEMALAM, Sk dan geng makan-makan office, makan tengahari di Restoran Secret Recipe cawangan Angsana Mall sempena meraikan hari lahir Madi, Hajah dan meraikan juga Ema yang akan bertukar jabatan mulai minggu hadapan.
Berlapan sahaja, Kak Imah tak join sebab puasa. Kali ni ada tema warna ditetapkan iaitu warna biru.
Selamat bertugas di tempat baharu, Ema. Kemahen kepuk baju Ema ya. Ema ni kira ahli sementara geng makan sebab beliau dipinjamkan sementara sahaja.
Dah dua kali Hajah sambut hari lahir bulan puasa.
Tarikh hari lahir Madi sebelum puasa tapi masa tu busy dengan macam-macam, tak sempat nak sambut.
Naza
Fida
Aida
Zalina
Tuan Tanah Kedaung minum ais kosong aje. Nampak macam cut sugar, kan.. padahal
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Dia makan Shinjuku Chocolate Bake ni gaissss!
Masa viral dulu susah betul nak jumpa ya. Pergi mana-mana cawangan SR, semua sold out.
Sk punya gak ni, Fish & Chips. Pun nampak macam diet, kan. Ni rahsia tau, jangan cakap orang. Pagi tu, Sk sebenarnya Sk dah makan telur rebus dua biji sebelum Majlis Budaya Quran. Lepas MBQ pergi kantin tapau mee goreng pulak, tu la makan F&C kononnya, hahahah.
Ema makan Mushroom Soup dan Garlic Bread.
Hajah makan Chicken Black peper with Butter rice kot ni namanya.
Madi makan salmon dengan extra salad.
Ni Zalina punya, Chicken Parmigiana. Yang lain tak ambil gambar sebab jauh. Servis pantas giler eh kat sini, cuma Naza punya tomyam jer lambat sikit.
Rasanya, bulan depan pulak la kita pergi makan-makan, lagi kan. Sempena hari jadi siapa? Nantikannnn siarannya...
Macam saya pernah sampai di Angsana Mall... tahun 2013. Masa tu saya dapat hadiah percutian keluarga menang pertandingan memasak anjuran MAGGIE. Kami menginap dua hari satu malam di Mutiara Hotel, dapat tiket percuma sekeluarga masuk Legoland. Rasanya, masuk sini makan mee rebus Haji Wahid. kalau tak silap mall....
ReplyDeleteSy boleh sahkan 100% betul tu, Angsana Mall. Dulu² namanya Plaza Angsana. Mutiara Hotel pun dah tutup, Kak Amie.
DeleteCantik semua ikut tema warna biru.
ReplyDeleteSeronok ada ramai geng untuk sambut Birthday..
ReplyDeleteSemua biru² ni lawa 💙
ReplyDeleteSedapnya, makan di Secret Recipe, lagi-lagi dengan geng makan. :)
ReplyDeleteTak pernah jejak lagi rasanya Angsana Mall ni. Jarang betul nak jalan-jalan di Selatan Johor ni. Kita duduk utara Johor. hihi..jangan mudah percaya kalau minum air masak je. Ada lah tu disebaliknya. Jangan mara aaa...
ReplyDeleteFood plating dia tu menarik. Sesuai sangat untuk instagrammable.