MAKAN DI ASAM PEDAS LEDANG, TANGKAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 




JJCM kali ini, Sk nak bawa pembaca ke Tangkak, Johor menikmati masakan asam pedas yang menjadi identiti orang Johor di Restoran Asam Pedas Ledang. Keluar dari Plaza Tol Tangkak, ambil kanan, terus aje menghala ke bandar Tangkak. Tak jauh sangat, yang rasa jauh tu sebab jammed sikit.


Ramai pelanggan mungkin sebab waktu makan tengahari. Kebetulan pulak agaknya ramai yang baru sampai tapi kalau tengok muka masing-masing macam dah bosan menunggu, minuman pun dah tinggal separuh gelas, hihi. 


PI bangun jalan-jalan di persekitaran restoran, nampak durian atas pokok. 


PI suruh Sk tengok dan ambil gambar.


Kita zoom sikit la guna hp cap ayam ni.


Sk rasa dah buat macam-macam dah, makanan masih tak siap, hihi. Lepas tu baru nampak macam banyak meja dapat makanan hampir serentak.


Asam Pedas Ikan Jenahak bahagian ekor. Kuah asam pedas dia sedap. Saiz ikan ni taklah besar sangat.


Mujurlah Sk pesan jugak asam pedas telur mayong. Yang ni Sk makan sorang la, PI tak makan telur mayong. Telur mayongnya kecik-kecik mungkin ikan mayong tu bunting sulung kot, hihi.


Sayur kubis yang kami pesan dah kehabisan. Pasal takde sayur tu la, PI bertambah nasi. Tak pernah.. pernah.


Dah makan, baru telur dadar sampai panas-panas. Kami pesan ulam bagi menggantikan sayur.


Punyalah sedap sampai khayal menghirup kuah asam pedas. Tak pedas pun kuahnya, boleh hirup macam hirup sup aje, hehehe.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. asam pedas reti makan...tapi, telur mayong tak reti makan...hihihi

    ReplyDelete
  2. Baiklah, esok saya nak masak asam pedas!

    ReplyDelete
  3. Gambaq last tu menggoda sukma ahahaha 😆
    Lega la SK, tak payah nak berebut telur mayong tu dgn PI hihi...

    ReplyDelete
  4. sebab sedap sampai terlupa service lambat ya SK. memang nampak sedap kuahnya

    ReplyDelete
  5. Comelnya asam pedas telur mayong. Macam gugus putik anggur.

    ReplyDelete
  6. Aik? Baru je 30 Jun lepas uncle selfie kat Tangkak....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!