Assalamualaikum WBT
SELAIN beli Nasi Beriani Kari Kambing untuk berbuka semalam, Sk beli jugak Sup Tulang Merah untuk sahur pagi tadi, 19 Ramadhan 1446H. Jadi, tujuan ke Maslee tu, selain nak beli nenas, Sk nak beli jugak roti Perancis untuk makan dengan sup tulang merah ni.
Sup Tulang Merah ni dia guna tulang lutut kambing ya. Seketul ni RM7, Sk beli dua ketul jer. Nak beli banyak-banyak, takut tak cukup pulak untuk katering Kak Sab. Ni pun minta member tolong ceduk dan tapaukan.
Roti Perancis sebatang RM4. Ni bukan semua ni potong.
Panaskan belen Spaghetti Goreng Tomyam. Ni Sk jer la yang makan. Ni kalau tak makan, entah bila lagi nak makan sebab esok-esok mesti menu lain pulak keluar, kan. PI memang tak layan spaghetti goreng.
Nampak berselera PI makan roti cicah Sup Tulang Merah berbanding makan nasi berlauk. Asalnya plan nak masak nasi goreng aje. Bancuh teh o panas, pergghh!
Ada sebekas lagi kurma kukus. Sebekas lagi PI makan malam tadi. Dasat betul menu sahur orang yang kata nak makan telur rebus hari-hari tu ya. Dah makan spaghetti, makan Sup Tulang Merah dengan roti Perancis, lepas tu sambung makan dessert pulak, minum pulak teh o panas, hahahaha.
Saya pun ada impian nak makan telur rebus hari2 sahur...sampai sekarang impian tggl impian jer...
ReplyDeleteTak pernah lagi cuba sup tulang merah..
ReplyDeleteculup lengkap dah tu...dari pembuka selera sampai ke dessert...kikiki...
ReplyDeleteNikmat tu, selagi ada selera makan, layan je, SK. Sup tulang merah tu memang memikat sungguh, lagi-lagi celup roti perancis. Peh!
ReplyDeleteTak pernah lagi makan sup tulang merah tu. Terliur tengok.
ReplyDeleteHeavy jugak sahur cam ni...
ReplyDeletesedapnya sup tulang merah tu
ReplyDeletesup tulang merah tu cicah dgn roti biasa pun sedap juga tu
ReplyDeletetau2 habis sebungkus hehehe