MAKAN DI ONG SHUN RESTAURANT, SUHAIME'S & WARUNG KAK YAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


CERITA makan bercampur.. ada makan sekeluarga, ada makan dengan kawan-kawan, ada makan berdua aje.


WARUNG KAK YAH


Dah bertahun rasanya tak makan di Warung Kak Yah ni dengan kawan-kawan. Ada beberapa kali Sk beli tapi tapau. Ni pergi dua minggu lepas, minggu akhir Fidah bersama kami. Kira penutup la, Fidah nak makan nasi kerabu dengan geng makan-makan office.


Sk ambil lauk daging bakar. Bimbang jugak takut sakit gigi lepas makan tapi elok pulak tak sakit.  Daging pun empuk aje walaupun tak la lembut sangat. Cuma, macam tak pedas sangat pulak sambal Kak Yah hari tu, hehe.


Bayar masing-masing. Nasi kerabu daging bakar dan teh o panas, RM13.50. Zalina ambil lauk ayam bakar dan sirap air, RM14. Yang lain-lain Sk tak perasan berapa kena.

SUHAIME'S


Suhaime's ni terletak di Senadi Hills, taman perumahan baru di Iskandar Puteri. Dah nak maghrib masa ni, bagusnya Suhaime's ni lengkap dengan surau.


Tapi tu laaa, menu dia tak banyak, tu takpa, banyak menu tak ada. Iman nak lontong, mula dia kata, ada.
 Lepas tu, dia datang balik, kata dah habis. PI nak mee rebus pun tak ada. PI makan Mee Siam Kuah dan Sk makan kueyteow goreng. Malas nak snap pic Mee Siam Kuah PI. Iman terus tak jadi makan tapi dia kata, dia dah makan petang tu sebelum balik rumah.

ONG SHUN RESTAURANT


PI ajak makan mi-mi pulak kat sini. Biasa kami makan nasi berlauk.


Pesan Shark Fin Soup with crab Meat.


Mihun Hailam ni portion dia untuk dua orang makan kot. Mujurlah Sk tak pesan apa-apa makanan. Kenyang jugaklah kongsi makan shark fin soup dengan mihun hailam tu.


Burppp.. Alhamdulillah. 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rasa macam lama dah x amkan nasi kerabu..SA craving yang siap ada lemak bakar tu...tapi blom bleh makan lagi nampaknya..kena tunggu lepas 23hb...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!