MAKAN @ NASEEB CAPATI & DURIAN UDANG MERAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum WBT


DAH meriah kembali nampaknya orang makan durian sana-sini. Sk perasan awalnya kemunculan gerai  Durian 19. Sana-sini durian 19 sejak dua bulan lepas rasanya. Tak minat sangat nak makan masa tu dan memang nampak boleh dibilang dengan jari berapa aje pelanggan yang datang. Tapi, baru-baru ni dah mula banyak gerai durian ya bukan setakat di Johor. Kami kan baru balik dari Penang, hah.. kat sana pun meriah orang jual durian. Kat Perak pun meriah dengan durian cuma tak ada hati nak makan sebab tak cukup korum, huhu. 


Kelmarin, Sk ajak PI makan capati di Restoran Naseeb. RN ni pun dah ada dua tiga cawangan jugak. Mula-mula dulu kami pergi di cawangan Gelang Patah. Ada satu cawangan di Senai dan satu lagi di Taman Universiti. Ni, PI ajak ke Taman U la, lagi dekat katanya. Sk snap pic ni hantar kat grup anak-beranak, Iman tanya kat mana?


Lepas tu, Iman beritahu dia ada kat Restoran Nasya Fattah, haaaa.. berdepan aje sebenarnya, cuma kena seberang jalan.


Sk tak jadilah nak makan capati bila nampak ada puri dalam menu. PI jer yang makan capati. Lepas tu tak sangka pulak puri ni satu set tu ada tiga ketul. Jenuh nak habiskan, tapi ngam la puri ni dengan kuah keema tu.


Dekat-dekat situ nampak gerai Durian 19. Sebelah dia ada satu lagi gerai durian tak ada nama, Sk cakap dengan PI, lepas makan kat sini, kita pergi makan durian kat sana, heheheh.


Ni belakang Sk ni penuh ya dengan pelanggan tengah makan durian. Sk pun ajak Iman datang, terlanjur dia memang berdekatan kat situ.


Sana-sini sekarang nampak durian udang merah ni. Tak silap Sk, Durian D13. Kalau salah, mohon dimaafkan, heheheh. Penuh isi setiap pangsa tu, puas hati. Duriannya kuning, isi tebal, lemak manis melecaih!


Iman datang berempat. Ni semua geng Kelab Studio UTM, Mus (sebelah Iman), Ili dan Fawwaz. Lupa pulak nak tanya asal mana. Ili tu bff Iman, orang Selangor. Dari dekat poli dulu pun, asal dapat kawan, mesti orang Selangor, hihi. Mus dan Fawwaz tu junior Iman.


Baru happy sikit makan durian bila dah cukup korum, hehehehe. Kami ambil durian udang merah, RM100/ 4 biji. Untuk anak⁴, ambil lagi 4 biji. Budak-budak tak boleh makan banyak-banyak. Mak pak budak, takpe, hihi. Senang nak bajet bila kita tahu harga awal-awal. Kalau nak kena timbang-timbang, nanti jadi berdebar-debar pulak. Feel dia tu, samalah macam kita beli yong tau fu, punyalah berdebar tunggu diorang potong masuk mangkuk dan sebut harga berapa, hahahaha. 

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alaaaa...sedapnyaaa...kat Seremban pun tngah musim ni...ada durian kecik2 15 biji RM100

    ReplyDelete
  2. Bestnya, makan puri dengan kuah keema. Sini kalau order puri, dapat chutney kentang.
    Lawanya, durian udang merah. Lain kali teringin, mau cuba udang merah pula.

    ReplyDelete
  3. Dekat SP pun durian sana sini..saya x makan durian...

    ReplyDelete
  4. Betul, merata-rata orang jual durian sekarang. Dulu macam susah nak jumpa durian udang merah. Sekarang dah banyak ek. Macam tahu-tahu ramai penggemar durian udang merah. Saya suka durian udang merah. Sedap! Kena mencari juga ke macamana ni.

    Boleh pulak kebetulan makan dekat-dekat dengan Iman ye. Dapat jugak cukupkan korum makan durian bersama. Haa betul kan, berdebar sungguh kalau dia timbang tu. Entah berapa lah harganya. Macam ni senang sikit nak kira. Nak makan pun senang hati sebab dah tahu harganya.

    ReplyDelete
  5. Tadi husb beli durian kampung 5kg RM50. Isi tebal dan lemak. Sedap.

    ReplyDelete
  6. musim durian kembali mana-mana kak ana nampak durian :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!