SATU MALAM DI MUAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum... 


WALAUPUN hanya perlu menempuh dua jam perjalanan untuk ke Muar, kami memilih untuk bermalam di sini, demi acara JJCM sampai malam. Hotel pilihan Sk adalah Bei Boutique Hotel yang pernah SK inap sebelum ini. Selepas pertama kali tidur di sini dulu, Sk terus jatuh hati dengan hotel butik ini tapi selepas itu harganya bukan main mencanak naik. Sebab itulah SK cepat-cepat buat tempahan di booking.com selepas diumumkan boleh merentas daerah. Disebabkan datang untuk honeymoon jalan-jalan aje, jadi SK pilih bilik family yang menyediakan satu katil single dan satu katil  saiz raja. Biliknya besar memanjang dari pintu masuk tu. 


Mujur tak ada siapa yang nak Work From Hotel hari tu, hahaha. Lepas makan Nasi Beriani King tu, terus check-in hotel. Proses check-in sangatlah mudah dan cepat. Bila masukkan kad pengenalan dalam slot, sistem tu terus dapat kesan tempahan yang kami buat dan masa daftar masuk ni, kita bolehlah buat tempahan menu untuk sarapan. Boleh pilih sama ada nak makan di cafe atau dihantar ke bilik.


Nampak tak, punya jauh pintu tu, haha. Selepas pintu tu, seperti kebanyakan hotel adalah almari. Seterika juga disediakan tapi Sk bawa tudung tak payah gosok... buat apa nak gosokkk...
Lepas tu pintu bilik air. Punyalah besar bilik air dia, bak kata Iman, boleh letak satu katil dalam tu, hahah.


Lampu cermin bilik air tu touch screen. Air sinki tu macam air terjun kata Pak Inche, hehehe. Cuma satulah, bilik air ni macam tak berapa bersih berkilat selayaknya hotel butik. Dulu kami datang, bukan main berkilat bilik air tu, mungkin masa tu hotel ni baru dibuka. Iman kata, bilik air bau lumut, huhu. Nasib bukan bau ta...


Terdapat tiga ruang dalam bilik air ni, tandas, pancuran dan sinki. Mungkin sebab ini bilik family, jadi dibuat besar-besar. Kalau anak ramai dan kecik-kecik tu, kan.. bolehlah bahagi-bahagi, yang ni mandi, yang ni buang air, yang ni berus gigi, hihi. 


Sarapan pilihan Iman, Omelette Mushroom. Rasanya menu sarapan kat sini sama jer setiap hari selama bertahun-tahun, hahaha.


Roti, susu dan bijirin.. yang ni satu bilik dapat satu set. Tapi rasanya kalau nak tambah macam boleh aje. Ke tak boleh, tak tanyalah pulak. Tapi cukup kenyang la untuk tiga orang, roti pun tak habis makan.


Untuk Pak Inche, kami pilihkan dia Nasi Lemak. Aksesorinya lengkap, ada telur rebus sebelah dan ayam goreng. Pak Inche tak komplen apa-apa maknanya nasi lemak ini lulus la kot, hihi.


Memang ada tiga pilihan menu jer, dan Sk pilih Capati Set. Capatinya, segera.. jadi agak berminyak, mungkin sebab dipanaskan dengan minyak. Rasa roti phrata segera pun ado, huhu. Tapi kuah kari dan dhal tu sedap. Sk ni taklah cerewet sangat bab makan, asalkan tak masin atau berkicap sampai hitam, hahaha.

Lepas sarapan, terus naik ke bilik dan berkemas. Selalunya layan mata dulu, tapi kali ni nak balik cepat mengenangkan anak-anak bulus yang ditinggalkan. Ngeri membayangkan, apalah yang disepahkan, hahahaha.


Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. PD pun penuh uiii...walau dapat merentas dah kan...non hado dapat pi bercuti...bagi la chance depa2 semua dulu

    ReplyDelete
  2. OK ni yang tak sabar nak staycation juga minggu depan ni hahaha...

    ReplyDelete
  3. kalau pergi jenjalan memana, mmg bw baju yg takyah gosok, hehe malas nak gosok

    ReplyDelete
  4. waduhh., sleep like a king ye mak., ehh like a queen., hehehe

    ReplyDelete
  5. sedap tuuuu...kalau makan kat hotel,roti dia pun sedap lain macam kan

    ReplyDelete
  6. Sedap sarapan di hotel
    tentu tak sama dengan warung di tepi jalan

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, selamat sudah bermalam.. sy pun selalu bawak shawl or tudung yang tak perlu diiron...Huhu....Next.. stsycation mana ituuu.. ??

    ReplyDelete

  8. banyak game yang menarik di IONQQ
    ayo segera daftarkan diri anda :D
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
  9. judi-tembak-ikan-online
    7 Trik dan Tips Game Tembak ikan – Permainan Game Tembak ikan memanglah telah tidak asing sekali lagi untuk pemain judi on-line di indonesia
    WA : 0812-2222-995
    Telegram : 0812-2222-995

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!