SOTO HJ PATONI, PERANAKAN PLACE & CBTL

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


PAGI ini, PI ada temujanji servis kenderaan di Toyota Servis Nusa Idaman. Sk dan Iman datang ambil PI di pusat servis dan kami pergi bersarapan di Medan Selera Pasar Larkin.



Masing-masing sepakat nak makan Soto Warisan Hj Patoni.


Atas sekali,  Mihun Soto PI tanpa bergedil, yang lain Soto (nasi impit) dengan bergedil pilihan Sk dan Iman. Oh ya, Iman tengah cuti semester sekarang. Seronok la PI tengok anak depan mata.



Letak sambal kicap banyak-banyak baru kick. Tauge banyak pulak tu.


Suasana di medan selera. Sebut jer nak makan apa makanan tradisi Johor, semua ada laaa. Dari pasar Larkin, kami ke Aeon Tebrau pulak. PI dah janji nak belanja seluar jean baharu. Iman pun mulalah nak baju baharu jugak. Tengah-tengah tunggu dorang pergi bayar, Sk pulak terbeli kasut dan sandal baharu, hihihi.


Penat jalan-jalan, rasa haus pulak. Kami singgah minum di Peranakan Place yang pernah Sk kongsikan DI SINI. Tapi, bila tengok menu dia, rasa lapar la pulak, hahahaha. Cuma, kami pesan dua menu saja la, makan kongsi-kongsi.


Satu tu Asam Laksa dan yang ni Laksa Nyonya. Dua-dua sedap. Lepas makan, barulah pergi ambil kereta PI di pusat servis.



Sebelum balik rumah, singgah pulak Coffee Bean & Tea Leaf di Taman Laman Setia sebab rasa macam nak makan Tiramisu, tapi tak ada pulak.



Pesan Ice Double Choc untuk PI.



Yang ni Mango Cream untuk Tuan Tanah Kedaung. Abaikan muka PI tengah menyakat.



Matcha Strawberry untuk Iman.


Espresso Cake ni sedap, makan kongsi³.


Dah dah dah.. jom balik. Nanti malam ni masak nasi, lepas tu panaskan lauk-lauk left over jer. Ada asam pedas ikan pari dengan kari ayam, lepas tu tambah telur mata atau telur dadar cukup. 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Fuhhh, lazat Nampak soto tu...Sedapnya Laksa Nona! Favourite sayaaa! Ish, ish...Terbeli Terbeli ye kak.. 😄

    ReplyDelete
  2. Peranakan palace ini saya pernah coba di Melaka. Tapi hanya kue2nya saja. Memang ada lihat menu2 berat, tp saat tu kami baru makan pula, jadi hanya teringin kue. Sedap2

    ReplyDelete
  3. Sedapnya soto. Kegemaran Cie soto. Soto kat sini kuah sup biasa je. Kalau yang berempah kuahnya lain sikit warnanya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!