SOTONG MASAK HITAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


KALAU ikutkan malas, memang malas nak makan masak masa PI tak ada di rumah dua minggu lepas. Rasa macam nak order grab pun ya, rasa macam nak keluar tapau makanan pun ya, rasa nak masak maggi aje pun ya,  rasa nak tidur sepanjang hari pun ada juga, hahaha. Tapi, mana boleh diikutkan malas, Sk masak jugaklah nasi dan lauk. 



Hari Sabtu, Sk masak Sotong Masak Hitam. Sotong tu PI beli 6 ekor kat pasar tani, Sk pek dua ekor-dua ekor, jadi Sk keluarkan satu pek aje untuk dimasak. Resipi Sotong Masak Hitam Sk kongsikan di bawah.

Sotong Masak Hitam

2 ekor sotong saiz sederhana, bersihkan, tapi jangan buang dakwatnya.  Potong kecil ikut citarasa

Sedikit minyak masak untuk menumis

1/2 bawang merah besar ditumbuk lumat
1/2" lengkuas ditumbuk lumat
1/2" halia ditumbuk lumat

1 tangkai lada merah dihiris
1/2 bawang besar merah hiris
1 tbs lada hitam tumbuk kasar
Garam
Sedikit ajinomoto


Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk hingga terbit minyak.

2. Masukkan sotong, pecahkan dakwatnya.

3. Masukkan lada hitam, kacau sebentar.

4. Masukkan garam dan ajinomoto, bawang dan lada hiris.

5. Masak hingga bawang layu dan sotong masak sempurna. 



Sotong tu Sk makan dua kali, sekali tengahari, sekali buat makan malam. Nasi masak 1 pot aje, separuh makan tengahari, separuh makan malam. Bagus,  kan.. kalau tak, asyik rasa nak makan maggi jer, hihi. 

Beberapa bulan lepas, fyp di TT Sk, seorang doktor ni beritahu,  kita orang perempuan ni akan kekurangan kalsium terutama apabila mencapai usia 50 tahun. Beliau cadangkan pengambilan calcium dan vitamin D3 ni. Ialah.. ialah.. beliau affiliate pun ya, tapi kena akui jugaklah, memang usia kita ni tulang dah rapuh, jadi Sk cubalah amalkan. Itupun ada harinya lupa, huhuhu.


Vitamin ni kena ambil sebiji sahaja sekali sehari semasa makan (with meal). Waktu terbaik ialah waktu makan tengahari. Ini disebabkan vitamin D kan kita boleh dapat dari cahaya matahari pagi, jadi bila tengahari tu sesuai la nak ambil vitamin D. Itupun kadang-kadang bila dah terlupa tu, petang baru Sk makan, terpaksalah cari apa-apa makanan lain untuk dimakan bersama (alasan). Tak pun, makan malam baru makan. Haishhh.. sabar aje laaa.
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tak pernah lagi masak menu sotong macam ni.. Terima kasih kongsi resepi.. ^^

    ReplyDelete
  2. owh..memang kena makan dulu ye..baru makan vit tu...

    ReplyDelete
  3. Feveret saya ni, sotong masak hitam.
    Saya pun ada ambil kalsium dan vitamin D, doktor hospital yang bagi. Dah lama amalkan, sejak potong tiroid dulu.

    ReplyDelete
  4. Kalau masak untuk sorang begitulah. Plan meal untuk siang dan malam. Lauk pun tak banyak. Sotong masak hitam ni saya tak pernah makan lagi. Boleh cuba ikut resipi ni kot teringin nak rasa nanti. Terima kasih share resipi.

    ReplyDelete
  5. Semoga SK terus konsisten amalkan pengambilan vitamin tu.
    Sedap sotong masak begini. Lagilah kalau jumpa yang segar, makan panas-panas dengan nasi...pergghh!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!