KEK LAPIS WARISAN & SARAPAN DI WARUNG PAK NGAH MAK NGAH DENGAN ANGAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


YA ALLAH.. Entah macam mana tah, boleh hilang kunci kereta pagi tadi. Kunci satu lagi pulak habis bateri. Padahal, Sk dah siap awal, sebelum 6.45 pagi dah siap masukkan semua barang dalam kereta. Masa nak hidupkan enjin, signal kunci pada dashboard berkelap-kelip. Sk capai kunci dalam beg, rupanya kunci kereta lain (orang banyak kereta la katakannnn). Dia bukan apa, satu kereta dapat dua kunci, kan. Jadi, dekat rumah ni ada 5 kunci kereta (termasuk satu kunci kereta Iman, satu pada dia la kan). Terus Sk masuk rumah balik, cari kunci. 7.20 pagi baru jumpa, anabuls⁷ ni la agaknya main sampai jatuh dekat bawah sofa kat tengah- tengah pulak tu. Padahal, Sk dah cari dah, cuma masa cari sebelum tu, Sk tonggeng sikit, tak sangka sampai ke tengah. Kena separuh meniarap baru nampak kuncinya. Memang lain kali kunci kena sorok dalam laci.


Gara-gara hilang kunci, dekat pukul 8.30 baru clock in. Ikutkan nak aje ambil cuti kecemasan sebab dah tak ada mood nak pergi kerja, dah peluh tiak, tapi sayang cuti, hihihi. Disebabkan sampai pejabat pun dah lambat, dekat kantin mesti ramai, jadi Sk telefon Angah, ajak sarapan. Angah cadangkan kami ke Warung Pak Ngah Mak Ngah di Kampung Ubi. Hahaha.. nama jer sama, Ngah, tapi orang lain, hehehe.


Angah berbaju pink bunga-bunga besar hari ni dengan tudung polos rona sama. Sk makan lontong kering, Angah makan donat dan pau aje. Kisahnya, sebelum keluar dia dah sarapan sikmak Izzat beli semasa balik mendobi.


Lontong kering lauknya sambal tempe, sayur kacang panjang goreng, sambal tumis dan sambal paru. Paru dia masak lembut, bukan jenis yang garing. Angah kata, dekat sini ada banyak pilihan sambal, jom kita tengok!


Sambal Sotong Kembang


Sambal Cumi (sotong kecil)


Sambal Lokan


Sambal Kupang


Sambal Tempe

Bagi Sk rasa sambal dia sedap. Lain kali boleh datang lagi makan nasi lemak dengan aneka pilihan sambalnya.


Selain tu ada juga Mee, Mihun dan Kueyteow Goreng.  Nampak sedap, kan. Tak kedekut taugeh pulak tu.


Tujuan ajak Angah sarapan tu, nak bagi kek lapis Sarawak yang Iman beli dari Kedai Kek Lapis Warisan yang terletak di Kuching. Setelah seminggu berkampung di sana, semalam selamat dah anaknda pulang ke Tanah Jauhar. Ini kali kedua Iman ke Kuching, kali pertama dulu kami pergi ramai-ramai 13 tahun lepas. Dua hari sebelum balik, Iman tanya, nak tak kek lapis? Kalau dia sanggup nak bawa, boleh saja. Tapi tu la, kita la pulak yang kena keluar modalnya, hahahaha.


Sk suruh Iman pilih kek lapis yang pelik-pelik. Tapi ini jer yang dibelinya. Dah rambang mata tu satu hal, sampai tak tahu nak pilih, dia kata. Yang menarik tu pulak Iman kata, corak aje lain, rasa dia sama,  dahlah mahal, dia kata lagi. Eh, dia ni, tak tahu menilai yang namanya seni. Kalau setakat melapis, selapis-selapis, Sk pun pernah buat Kek Lapis Kismis Anggun, tapi kalau nak jadikan ia bercorak macam pua kumbu, tak ke perlu lebihkemahiran. Dahlah kita tak nampak rupa dia masa melapis tu sebab dalam loyang, kan.

Jadi, patut tak kalau Sk terbang sendiri ke Sarawak semata nak beli kek lapis lepas ni? Tolong beri pandangan sikit, hihihi.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Eee anabuls ni, bila masalah dia buat kerja sorokkan kunci tu kan. Tak pasal lambat. Mahunya tak gabra. Ada hikmahnya juga dapat sarapan dengan Angah. Ingatkan kedai Angah, rupanya bukan ye. Nama je sama. hihi...Ooo nak bagi kek lapis juga cerita dia.
    Nampak ringkas betul lontong kering dia. Tapi kalau sedap okaylah. Taugeh tu ada orang asingkan tak? :p
    Mahal wooo kek lapis. Mana boleh pesan tak bagi modal kan. Kenalah...
    Hmm... idea bernas juga tu terbang ke Sarawak. Boleh jadikan kek lapis sebagai alasan. Aci tak?

    ReplyDelete
  2. cuti panjang weekend nie...boleh la terbang ke sarawak untuk memilih kek lapis... kikiki

    ReplyDelete
  3. lama tk mkn kek lapis sarawak sbb kalo ke kuching org sana offer kek mita dr kek lapis sarawak..hah cuti pjg ni bole la SK terbang ke sana

    ReplyDelete
  4. Cadangan akhir tu patut...senang pilih sendiri...kunci hilang x boleh nak buat missed call mcm telefon...pernah jugak jadi kunci hilang ank sorok...huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!