MAKAN DI RESTORAN GHANIM & JALAN-JALAN KE THE KOLONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 



JUMAAT, 19 September 2025, pergi makan di Restoran Ghanim lagi. Kali ini nak makan makanan berasaskan mi, tak nak makan nasi.


Tapi, tetaplah pesan sepinggan sayur baby kailan. Bila sayur sampai, kami terus makan sayur dulu.


Makan punya makan, sampai ke helaian daun sayur yang terakhir, makanan lain masih belum sampai, huhu.


Habis dah sayur, sampailah makanan yang berikutnya. Kata nak makan mi, tapi pesan pulak lauk Chicken Lemon. Chicken lemon dekat Ghanim ni memang sedap dan disyorkan. Salutan tepung yang menggerutu tu buat ia rasa rangup di luar, namun isi ayamnya empuk dan terasa perapannya. Sos lemon masam-masam manis, pun sedap.


PI pesan Bihun Cantonese. Bihun tu digoreng dulu sampai kembang, kemudian dicurahkan kuah ala Cantonese di atasnya. Bila kena kuah, bihun jadi lembut. Kuah cantonese agak tawar sampai dua kali PI minta pekerja bawakan kicap soya untuk bagi masin sikit. Kuahnya juga semakin lama semakin cair, mungkin tak cukup bancuhan tepung jagung.


Yang sampai akhir sekali, Kuey Teow Goreng Seafood pesanan TTK. 


Sampai akhir sekali tak apa, masalah, dia sampai bila PI dah habis makan. Itu pun kami perlahan-lahan makan chicken lemon tu supaya taklah nanti mendangok menunggu kuey teow, hehehe. 


Kita tepek resit sini.



Balik dari Restoran Ghanim, PI ajak pulak ke The Kolong yang terletak di Jalan Tun Razak. Sebenarnya sebelum ke Ghanim tu PI ajak makan kat sini, tapi risau PI yang tak selesa nanti. Ni tempat orang muda, kita yang dah remaja purba ni kena cari tempat proper sikit la. 


Macam biasa tempat macam ni, pembelian makanan dan minuman secara layan diri, lepas tu guna pinggan cawan pakai buang. Duduk pulak dekat bangku, nasib baik dapatlah kerusi bersandar.


Nampak ada stall jual apom. Rupanya apom mini. Pertama kali makan apom mini. Dia curah siap-siap susu dan taburkan gula timbang (gula merah).


Sedap apom dia tapi tak puas la walaupun banyak. Dia nak jugak apom saiz kuali.


Penjual tu bagi percuma seorang satu pani puri.


Tengah-tengah makan, datang suami isteri dengan seorang anak lelaki, tanya, boleh tak duduk sekali di meja kami. Kami alu-alukan duduk sekali, borak-borak, mereka datang dari Kota Tinggi. Anak bujang dia tu la nak sangat datang The Kolong ni, cerita ibunya. Ialah, The Kolong ni tarikan baharu di Pusat bandaraya JB sekarang. Peminat kopi jangan lupa singgah mengopi di sini.


Sebenarnya, PI cari stall kawan lama dia, rupa-rupanya sebelah aje dengan stall apom tu. Sk terus pesan lempeng dengan Kak Mimi, isteri kawan PI. Mereka ni la kawan-kawan dari zaman muda-mudi dan anak-anak kami membesar bersama, berkawan dan mandi-manda di kolam hotel bila ada sambutan Hari Keluarga office, hihihi.


Mulanya, pelik jugak kenapa namanya, The Kolong? Rupa-rupanya dekat belakang bangunan ni ada medan letak kereta bawah tanah (ground floor). Tempat tu la dijadikan medan selera dan ada juga jualan barangan bundle.


Berpuluh tahun eh lalu Jalan Tun Razak ni, baru tahu belakang tu ada parkir ke bawah. The Kolong ni dibuka pada hujung minggu sahaja, depannya Balai Bomba Larkin, di sebelahnya Hutan Bandar JB dan bangunan lama Court Mammoth. Meriah sebab ada busker. Rajin pulak tu nyanyi lagu zaman kita remaja, syahduuuu dengar.. hahahaha.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mmg tak best kalau makanan sampai lambat & one by one kan...
    Meriah betul nampak suasana dekat The Kolong tu. Makan sambil layan lagu zaman kita mmg asikkkkkk :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya chicken lemon tu. Selalu jugak order. Semua suka kami 1 family.

    ReplyDelete
  3. bihun cantonese tk nmpk isi mcm ayam or udang..tk syok kuahnya cair..cute mini apom tu

    ReplyDelete
  4. chicken lemon sama kueteow goreng seafood memang best.. ada ummph..

    ReplyDelete
  5. Sampai habis sepinggan sayur, makanan lain tak sampai lagi ek. Lama sungguh nak sediakan makanan tu.
    Mujur tak terlajak order nasi juga bila dah pesan chicken lemon tu. hihi...Patut kuetiau goreng tu cepat je sampai sebab cepat masak kan. Agaknya banyak order, semua jadi lambat. Sabar je lah menunggu.
    Macam sedap je apom mini tu. Sekali ngap je tu. Memang tak puas makan. Dapatlah rasa pani puri jugak ek.
    Oo patutlah beria benar Pak Inche' nak ke sini, ada gerai kawan dia rupanya. Kalau tidak mesti taknak tu kan. Dapatlah merasa lempeng jugak kan.
    Tempat macam ni memang jadi tarikan anak muda. Meriah penuh full house nampaknya tu.

    ReplyDelete
  6. macam tak puas je kan kalau makan pakai pinggan kertas, sudu plastik.

    Ammi dok ingat Ghanim ni restoran mamak. Ahaks

    ReplyDelete
  7. Bagus juga kalo sayuran dimakan pertama . Jadi tak buat begah perut. Sayapun kdg kalo pesan ala Chinese style begini, lebih suka tak pakai nasi kak. Itu buat cepat kenyang soalnya.

    The kolong ini menarik laaah 😍😍. Sukaa saya, macam pasar malam jadinya. Ada banyak penjual . Kadang bikin kalap nak beli 😄

    ReplyDelete
  8. Alamak..satu..satu makanan sampai ye...The Kolong tu macam menarik...nak bg tau la menteri kewangan esok...kami balik JB esok..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!