MAKAN DI RESTORAN SEGAMAT SEAFOOD

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


SELEPAS selesai PI membuat liputan secara online perlawanan liga, Pasukan JDT vs Penang di VIP Hotel Segamat, barulah kami keluar untuk makan malam. Sk ingat, nak la pergi kopi-kopi atau western, makan yang simple gitu tapi PI ajak makan nasi pulak di Restoran Segamat Seafood. Sk ni sejenis yang malas nak membantah bab makan, tak cerewet, janji makan aje apa yang ada. 


Restoran ini beralamat di

No 1, Jalan Utama 4/3, Pusat Komersial Bandar Utama, 85000 Segamat. 

Masa kami sampai, jam pun dah menghampiri pukul 10.40 malam dan cuma ada satu meja yang diduduki pelanggan yang baru jugak sampai.


Awal-awal dah pesan dengan PI, jangan pesan banyak lauk. PI ni kalau boleh nak lauk sepenuh meja, lepas tu dia suruh kita habiskan. Sk memang tak larat la, dahlah dah nak tengah malam. Kalau dekat dengan rumah, bolehlah tapau yang mana tak habis. 


Sizzling Japanese Tofu (RM16).
Bagi Sk, sedapppp. Sos dia seakan-akan rasa sos sizzling tofu di Ghanim Seafood Restaurant. Cara dia letak ayam cincang sebagai perencah pun sama sejibik.


Kangkung Goreng Belacan (RM15).  Okey la sedap juga cuma batang kangkungnya tu kalau potong pendek sikit lagi mudah nak makan. Portion dia agak kecil la dengan harga RM15 tu.


Chicken Lemon (RM20). Ia gunakan isi ayam sepenuhnya yang digoreng terlebih dahulu dengan tepung jagung. Salutan pada ayam nipis, tak berkerak-kerak krup krap krup krap macam yang kebanyakan Chicken Lemon di restoran lain yang kami pernah sampai. Walaupun begitu, sos lemonnya sedap dan tak kedekut (banyak).


Shark Fin Soup (RM22). Idky (i don't know why) PI gemar sangat makan SFS ni, hahahaha. Setiap kali pergi Seafood Restaurant dia mesti pesan semangkuk.


Nama aje makan di Seafood Restaurant tapi tak ada satu pun menu seafood dalam pesanan kami, hehehe. Yang penting, semua licinnnnnn.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Terbalik pulak ek. Biasa perempuan yang cerewet. hihi...Ohh Bandar Utama. Sini banyak kedai makan juga. Alahaiii sikit betul kangkungnya dengan harga macam tu. Bukan kangkung patut murah ke. Tak pernah lagi makan sharkfin soup tu, rasa takut pulak terbayangkan shark. huhu...

    ReplyDelete
  2. hehe tu normal sis.. tekak bukan nak makan seafood sgt.. tapi mmg rata-rata nama kedai byk guna nama "seafood"

    ReplyDelete
  3. Kangkung tu awat mahai ngat? (Tanya dgn nada lembut 😆)... Kdg bukan nak lauk seafood tu tapi nak nasi dgn lauk panas² tu yg kedai seafood jadi pilihan

    ReplyDelete
  4. Shark Fin Soup memang sedap! Kita pun suka.
    Ada tu menu seafoodnya... shark fin itu pun dari laut hihihii.

    ReplyDelete
  5. Terkadang memang selera di hari itu sedang tak nak seafood 😁. Kalau ikan hiu atau shark ini di kampung saya Tapanuli memang dijadikan makanan khas, biasa digulai. Tapi seluruh body lah, bukan cuma sirip nya saja.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!