MAKAN MALAM DI RESTORAN THE GRAND BY ADAM'S KITCHEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

Assalamualaikum WBT 


HARI Selasa lepas, malam, PI kata, nak makan mee rebus di Restoran Nasi Ayam Hainan di Taman Senai Utama. Angah cakap mee rebusnya sedap, kata PI. Tapi, dah sampai depan restoran, tutup pulak. PI cadangkan ke The Grand by Adam's Kitchen tapi dah nak masuk Jalan Kiambang tu, baru teringat, hari Selasa, mereka cuti. Hurmm..


Sekali, lalu depan restoran, buka pulak. Ingatkan masa nak bayar nak tanya la, dah buka hari Selasa ke, tapi lupa nak tanya.


Buku menu baru lagi, kecik sikit, selalu dapat besar gedabak. 


Ada promosi ketam nipah.


Sk pilih Nasi Goreng Kampung. Tapi, walaupun ada kangkung dan ikan bilis, tak rasa kampungnya. NGK kena pedas, ni jangankan kata pedas, langsung tak ada rasa cili pun. Rasa dia sama macam nasi goreng cina atau seafood yang Sk pernah makan di sini.


PI pesan Brokoli Cendawan ni untuk ratah-ratah. Sedap masakan ni, selalu jumpa letak cendawan shitake jer, tapi ni ada shimeiji jugak. Eh, betul ke yang putih tu nama dia shimeiji, ek? Hahahaha. Entahlah, Sk buat carian nama guna google images.


Chee Cheong Fun ni wajib pesan bila datang sini.


PI makan Mee Kolok Daging. Dekat sini tak disediakan sambal untuk mee kolok. Boleh makan dengan cili padi potong tapi macam tak sesuai. Walaupun begitulah mee koloknya sedap macam kat Eleven Kitchen, komen PI la. Dia memang selalu makan MK setiap kali datang sini.


Jempuitt tengok ya. Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mmg mampu tgk dari jauh jer JJCM SK...

    ReplyDelete
  2. Lapar plak tengok time2 ni ha...ooo ada mee kolok erk...manarik ni...hari tu jenuh gak makan brocolli ngan shiitake mushroom time diet..hahaha...penat jadi kambing..next week Isnin start semula jadi kambing

    ReplyDelete
  3. Nasib baik lalu, kalau tidak dah kena mencari resto lain lah pulak. Kalau order promo ketam tu agaknya berapa lama kita makan nanti kan. Kampungnya tak ada ye, tak bestlah kalau tak pedas. Mi kolok tu walaupun tak pernah makan tapi kalau dah mi begitu wajiblah makan dengan sambal. Ada rasa pedas tu barulah sedap di makan. Pasal cendawan tu yang saya tahu cendawan tiram, enoki, butang, shiitake. Yang lain tak tahu nama. Maafkan saya...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!