TAPAU SOTO & NASI LEMAK DAUN PISANG UNTUK MAKAN MALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 



SEHARI sebelum jalan-jalan ke Port Dickson masa cuti Maulidur Rasul, kami tak keluar makan malam. Ambil mood nak kemas luggage, hehehehe. PI minta Sk singgah Empire Wak Lan tapau Mihun Soto.


Lupa nak pesan mihun soto jangan letak taugeh, hehehe. PI tak berapa suka makan taugeh mentah. Tapi, bila dah ada, makan aje la, jangan banyak songeh. Sk tak kuasa nak asingkan, hahaha.


Dalam pengetahuan Sk, asal soto ni memang bahan utamanya nasi impit, kemudian barulah dipelbagaikan ada yang makan dengan mihun dan mi kuning.


Dua-dua ni Soto Special. Harga RM27 untuk dua-dua bungkus. Mungkin harga sama RM13.50 sebungkus. Agak mahal la, harga Singapore orang kata, hahaha.


PI pulak, dah dia suruh beli soto, dia pulak singgah beli nasi lemak daun pisang di Taman Ungku Tun Aminah.


Terpaksa la Sk makan sebungkus. PI paksa makan lagi sebungkus, mana mahunya. Nak suruh perut bini dia pecah agaknya, huwa huwa huwa.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedaplah taugeh mentah makan dengan soto. Barulah rasa terangkat soto tu.

    ReplyDelete
  2. Rugi betul sapa yg tak suka tauge hehe...
    Kemain erk nak kemas luggage sampai tak mau keluar makan haha...
    PH dulu tak reti makan soto nasi impit saja, nak juga ada bihun. Now asalkan soto, srupppp kita hirup :D

    ReplyDelete
  3. Taugeh mentah la sedap kruk krak je kunyah 😁. Kak SK & PI suka betul nasi lemak bungkus ek. Setiap kalau makan memana wajib ada nasi lemak bungkus tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!