MAKAN DI ADAM MUTIARA THAI FOOD

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


TAK tahulah mengapa, dua tiga hari ni PV blog meredum sedikit. Selalu hujung-hujung minggu boleh cecah sampai 12K tapi ni tak sampai 8K, pun. Macam ni, nak merajuklahhhh... hahahaha. Padahal baru berazam nak siarkan sekurang-kurangnya satu kandungan sehari sepanjang bulan Oktober ni. Dia macam tu la ek, asal tukar bulan, macam ada sesuatu.. huhuhu.



Bulan lepas, ada beberapa kali yang PI tak join kami makan malam. SK dan Iman ni tak cerewet sangat memilih tempat makan, asalkan kenyang dan sedap. Lain PI, nak ada tema-tema, contohnya nak makan mi berkuah. Iman pulak tak berapa minat mi berkuah. SK, tolak batu dan kayu jer, hahaha. Kami ke Adam Mutiara Thai Food ni dengan harapan dapatlah makan Sotong Goreng Tepung dia. Hari tu kan dah datang, tapi habis.



Kali ni, kami pastikan Sotong Goreng Tepung memang betul-betul ada, baru order. Tu pun risau, sebab macam hari tu mula-mula dia kata ada, lepas dah hantar lauk-pauk lain dan kami tanya, barulah beritahu tak ada. Kali ni, Alhamdulillah, betul-betul ada. Sotong Goreng Tepung dia rangup, bukan macam jemput-jemput seperti di kebanyakan kedai tomyam. Betul-betul sedap, sotong lembut dan segar.



Ni kali ketiga makan kat sini, kali ni kita bawa tuan penaja sekali nak buktikan dekat dia makan kat sini sedap. Cuma dah ingatkan awal-awal, dorang masak lambat. Tak macam Ainoni, berdesup dia hantar. Kat sini tak tahulah kenapa lambat, nak kata orang ramai, Ainoni pun ramai selalu.



SK makan Nasi Goreng Kampung. Mintak pedas tapi tetaplah tak rasa pedas .


Sotong Goreng Tepung dia agaknya porsi ikut berapa orang makan kot. Masa datang dengan Iman macam tak banyak begini. PI pun setuju, Sotong Goreng Tepung dia sedap.
Iman makan tomyam, pun sedap. Dua kali dah Iman makan tomyam kat sini.



PI makan Mihun Celup. Sedap tak mengecewakan, tapi Sk lebih suka rasa Mee Celup Ainoni. Hurmm... Rindu pulak nak makan kat Ainoni, hihihi.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sama la kak... igt msk okt nak azam kena ada at least 1 entry sehari tp nan ado hahah kelaut dalam jadinya... mood turun naik sbb jerebu kot 🤣🤣

    ReplyDelete
  2. Blog PH alhamdulillah so far okay. Sblm ni bloglist tak update skrg nampak dah okay tu.

    Ini baru sotong goreng tepung kan SK

    ReplyDelete
  3. Hahaha part SK “tolak batu dan kayu je” tu memang mudah betul bab makan. 😂

    ReplyDelete
  4. Sos sotong goreng tepung pun penting jugak... biar setanding sedapnya

    ReplyDelete
  5. Bestnya 8-12k pv sehari tu. Cie tak makan sotong, kalau celup tepung udang jela makan.

    ReplyDelete
  6. Baca review kakak, saya langsung browsing Ainoni. Nak tahu dekat tak dengan penginapan saya nanti di JB. Boleh singgah mencoba 😄. Dah lamaaa tak makan Thai food begini.

    Sotong goreng saya pun sukaaaa. Apalagi kalau celup tepungnya crunchy tapi sotong tetap lembut

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!