Assalamualaikum WBT
TAK tahu la apa kaitannya bila budak sekolah cuti, jalanraya jadi lengang. Budak sekolah bawa kenderaan/ kereta ke, ke sekolah. Ada yang kata, sebab mak ayah tak keluar hantar anak ke sekolah, tu jalan lengang. Takkk.. sekarang ni mak ayah tu tak pergi kerja ke? Pelik daku, hahaha.
Baiklah, jangan ada yang pelik Sk repeat pergi makan di Halaman by Dapur Western ni sebab dulu Sk pernah beritahu takkan repeat selepas kecewa dengan pengalaman makan di Halaman by Dapur Western, baca
DI SINI. SK datang semula ingin mengubati kekecewaan sebelum ini selepas mengikuti admin Halaman di thread. Kebetulan pulak, Halaman baru lepas melalui tempoh renorvasi. Jadi, jom la kita!
Kami sampai lepas maghrib, seorang staf beritahu mereka sedang nak rehat dan tutup dapur, jika nak pesan makanan boleh la pesan sekarang, jika tak, kena tunggu pukul 8. Memandangkan kami memang dah aim nak makan apa, kami terus buat pesanan tanpa berfikir lama.
Lepas pilih makanan, terus pilih minuman. Biasanya pilih minuman ni lambat sikit la sebab keliru nak minum apa.
Masa sampai, meja-meja bahagian luar ni semua dah penuh. Jadi, kami pilih duduk di dalam. Bahagian dalam ni meja-meja kecik yang boleh muat dua orang sahaja. Okeylah, Sk pun berdua jer dengan Iman. PI ada dinner Hoki masa ni. Dari luar ni, tengok jugak bahagian mana yang direnovasi, mungkin dapur kot sebab macam sama aje kat luar ni, tak perasan apa yang berbeza.
Tidak lama menunggu, hidangan pertama dihantar ke meja iaitu makanan Tuan Tanah Kedaung. Pilihan Sk kali ini, Spaghetti Aglio Olio extra pedas dengan Itik Salai. Rasa nak nangis tengok makanan idaman depan mata. Rupanya, Sk tersalah pilih menu masa datang hari tu. Patutnya kena ambil Aglio Olio tapi masa tu Sk pilih pesto.
Bersusun daging itik salai atas spaghetti. Perapan rempah itik meresap sehingga ke dalam, itik dipanggang tidak begitu garing, yang penting itiknya empuk dikunyah. Walaupun masakan Aglio olio sepatutnya tidak pedas iaitu hanya ditumis minyak zaitun dan bawang putih semata, tapi di Halaman ni, olahannya berbeza. Sk minta extra pedas, memang terangkat la.. terlalu sedap ya lagi-lagi ada sayuran hijau macam tu. Sayur yang ni Sk tak pasti la apa namanya, ia macam ada daun-daun kecik bukan macam taugeh.
Pilihan Iman, Creamy Pasta Spicy Beef. Ni masa datang hari tu dia makan menu yang sama jugak, tapi dia kata, tak tahu kenapa datang hari tu tak sedap macam malam ni. Tapi, Sk rasa macam dah tahu sebabnya. Mungkin masa tu petang dan cuaca panas, kami pulak tersalah pilih meja menghadap cahaya matahari yang memancar semata-mata nak duduk dekat meja yang background ada tulis nama restoran, hehehe.
Tiramisu pun elok teksturnya tak lembik. Memang semua sedap la malam tu, sangat puas hati. Hari tu tiramisu lembik sebab berjemur agaknya kerana nak tunggu semua makanan terhidang, baru nak ambil gambar dan makan.
Memang sedap sangat, dia punya sedap tu sampai rasa nak jilat dalam cawan, hahahaha. Iman kata, nanti dia gaji, boleh tak bonda buatkan tiramisu, dia beli bahan. Eh, buatlah sendiri, hahaha. Masalahnya, mixer pun dah buang, berkarat! Nak kena beli mixer ke macam mana?
Nak repeat tapi kena tunggu menu steak keluar, katanya tak lama lagi. Kita tungguuuuuhhh!
Cantik hidangannya!
ReplyDeleteUnik betul tiramisu dihidang dalam cawan macam tu.
ReplyDeleteTeori saya pulak, bila cuti sekolah jalan lengang sebab waktu cuti sekolah mak pak tak perlu keluar rumah serentak nak hantar anak2 ke sekolah. Jadi ada yg santai2 je keluar pukul 8 atau 9 pagi. Tak pun mak pak ambik kesempatan ambik cuti bawak anak2 bercuti, tu yg trafik jadi lancar.
suka pasta yg creamy tu...nice presentation tiramisu tu
ReplyDeletepresentation menu SK pilih tu menarik betul...mouth watering dah ha....
ReplyDeleteAlhamdulillah kali ni semuanya memenuhi citarasa. Terliur jugak tengok daging itik bersusun elok begitu
ReplyDeleteYelah kak bila cuti sekolah, pagi takde la mak pak pi anto anak sekolah... tgri dan petang pun heaven je jalan clear je. tak sabar nk tunggu cuti sekolah
ReplyDelete