Assalamualaikum WBT
BERDEBAR-DEBAR rasanya. Kurang lima hari lagi akan berlangsung Majlis Konvokesyen Kolej yang ke 27. Sepanjang perkhidmatan dalam bidang kemahiran dan kini ianya lebih dikenali sebagai TVET (Technical & Vocational Education & Training) rasanya ni dah 25 kali Sk bertugas semasa majlis dan tahun ini sekali lagi Sk dilantik sebagai JK Pendaftaran. Tapi rasanya, pengalaman menjadi usherer majlis dan usherer sijil lagi la dup dap dup dap. JK Pendaftaran ni tenang sikit tapi pun berdebar jugak, hahaha.
Cerita minggu lepas, 16 Oktober, kami tiga beranak pergi makan di Restoran Zaituna. Restoran Zaituna ni buka empat lot kedai tapi tidak sederet. Selalunya kami pergi kedai lama dia tapi kali ni kami parkir depan kedai baru, jadi terus la masuk kedai baru dia ni.
Kita pesan dekat sini tapi nanti makanan dia bawa dari kedai lama. Dapur kedai baru ni buat pizza jer kot. Tapi nampak macam ada daging shawarma jugak dari dapur yang dipisahkan cermin dengan ruang makan.
Pertama kali dine in di restoran baru Zaituna. Tapi, baru tak baru jugaklah, rasanya macam dah tiga empat tahun jugak dia tambah lot kedai ni. Tu pun hampir penuh jugak malam tu sebab ramai yang datang berkumpulan besar.
PI siang tu katanya makan Nasi Daun Pisang di Restoran Ashoka. Dia tak nak makan nasi, nak Beef Shawarma dan Mushroom Soup. Shawarma datang bersama side dish, fries. Sup cendawan cair kata PI, tapi Sk rasa tak la cair sangat cuma rasa macam sup cendawan dalam tin. Tak rasa sangat cendawannya.
Iman pilih Nasi Maqluba Kambing. Dulu-dulu dia suka Nasi Mandhi tapi Iman cerita, ada sekali dia pergi makan Nasi Arab Dulang, dia ceduk yang Maqluba tu sedap dari Nasi Mandhi. Tu la tu, dari dulu Sk cakap dengan dia, Maqluba lagi sedap dari Mandhi, tak percaya. Nasi Maqluba ni dia macam berempah sikit, dan ada sayuran. Tapi dekat Zaituna ni tak ada sayur sangat, kalau Hadramawt, ada sayur seperti terung dan lada hijau yang dipanggang.
Ingatkan nak kongsi dengan Iman tapi mana mahunya. Tapi, Sk pun tak larat nak makan nasi sepinggan, jadi Sk ambil dua sudu jer nasi Iman.
SK pesan Mix Grilled saiz S. Walaupun saiz S, porsinya banyak jugak untuk dikomgsi. Sungguh mengenyangkan ya, ad aroti, fries dan empat jenis kebab yang dipanggang iaitu ayam, kambing, lembu dan ikan. Ia datang bersama tiga jenis sos pencicah.
Kalau restoran lama menerapkan dekorasi dinding macam dalam gua, di sini deko lebih moden tapi masih menampakkan ciri-ciri Arabian.
Sepanjang kami duduk makan malam, ada dua kumpulan pelanggan buat sambutan hari jadi. Meriah dorang main gendang dan potong kek pulak guna pedang ni haaaa. Tachodddd!!
nampak sedap kak oi.... lama rasanya tak layan nasi arab nih
ReplyDeleteTerliur pulak tengok mixed grill tu.
ReplyDeleteMixed grill tu nampak menarik.
ReplyDeleteDuduk jauh-jauh sikit SK, risau ceq tengok pedang tu hihi
Now memang tekak memang terasa nak makan makanan Arab ni Kak, ingat nak ke Xaituna juga.. sebab situ jerr yang Lin rasa betul makan menu Arab hehehehe
ReplyDeleteSA dah pandai makan makanan arab so lepas ni boleh la makan kat sini..mix grill tu menggoda mata SA..
ReplyDeletebesar dan cantik terlihat dari luar restoran ini kak.. dekorasi kat dalam pun nampak sekali timur tengah.
ReplyDeletesaya kalau nasi2 arab ini, nasi mandhi ke, maqluba, briyani etc, memang suka semuaaaa ;p.. jadi kadang pesannya berganti2... supaya tak bosan.
size s kalau di restoran arab atau india, memang S porsi besar laah hahahahahha... kalau untuk perut melayu macam kita, susah payah nak habiskan juga :D
hahahahaha ih seruuuu lah, potong cake pakai pedang yaaa :D .. nak lihat hihiihi