MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, May 17, 2010

PAI AYAM

ASSALAMUALAIKUM...

RAMAI yang letih nampaknya hari Isnin ni kan. Maklumlah.. macam-macam agenda yang dilalui semalam. Tak terkecualilah saya. Pagi ini pula, walaupun sampai ke pejabat awal, tetapi terus membuat beberapa tugasan penting. Jadi lambat sikitlah sampai di ALAM SARI ini.

Hari ini saya nak masukkan resepi yang dah tertangguh beberapa minggu. Macammanalah saya boleh lupa nak masukkan padahal dah berjanji dengan kawan-kawan. Di samping itu, masih lagi belum sempat menunaikan janji dengan Cik Ayu, yang menyuruh saya mengambil award di rumahnya. Maaf ya, Cik Ayu, nanti saya siapkan tugasan tu, InsyaAllah.

Baiklah, tak mahu menceceh lagi, jom layanzzz resepi. Tapi sebelum tu, nak bagitahulah kan bezanya pai dengan tart ini. Kalau diikutkan ramuan crustnya tu sama, cuma pai itu bertutup tetapi tart tak bertutup. Satu lagi ada beza juga crust bagi pai epal dan pai ayam/ daging. Bagi pai epal, crustnya agak manis tetapi bagi pai ayam adunan crustnya dicampur sedikit garam.

Bahan-bahan 'Short Crust Dough': (sesuai bagi inti yang masin/pedas)
250 gm tepung gandum
140 gm mentega
1 sb gula kastor
1 sk garam
1 biji kuning telur

Cara menyediakan crust:
1. Ramas mentega dan tepung dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Campurkan gula kastor dan garam, gaul lagi.
3. Masukkan kuning telur dan uli sehingga menjadi doh.
4. Canai sebahagian doh dan letakkan pada acuan pai. Bakar 180'C selama 20 minit.
Cara mencanai doh boleh lihat di sini

Bahan-bahan Inti:
50 gm mentega*
50 gm tepung gandum*(untuk roux/memekatkan inti)
1 sb mentega
200 ml susu segar
1/2 helai daun bay
1 labu bawang besar*(dicincang)
2 ulas bawang putih*
200 gm isi ayam (didadu)
100 gm sayur campur
1 sk lada sulah
1 sk stok ayam
garam secukup rasa

Cara menyediakan inti:
1. Sediakan 'roux': Cairkan mentega, masukkan tepung gandum, kacau sebati. Ketepikan.

2. Cairkan 1 sb mentega, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan daun bay.
3. Masukkan isi ayam, kacau rata. Masukkan lada sulah, stok ayam dan garam jika perlu.
4. Masukkan susu segar, kacau sekali-sekala. Apabila mendidih, masukkan sayur. Kacau rata.
5. Apabila kuah hampir pekat, tambahkan roux tadi sedikit-sedikt hingga mencapai kepekatan yang dikehendaki.(jika sudah pekat, berhenti menambah roux) Tutup api, ketepikan.

Nota: Keluarkan kulit pai dari ketuhar selepas 20 minit. Isikan dengan inti ayam.
Tutup pai dengan lebihan doh. Sapu permukaan pai dengan telur yang dipukul bersama sedikit susu segar.
Bakar lagi 20 minit dengan suhu 180'C.

Cara menutup kuit pai boleh lihat di sini.

pada pendapat kami-kami yang comel lote ini pai ayam lebih enak dari pai epal, yummy!

No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

PERIUK NOXXA

Assalamualaikum... BEBERAPA kali saya dipelawa oleh kawan-kawan untuk membeli periuk serbaguna jenama noxxa. Bukan tak nak tapi saya rasa m...