MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Saturday, May 15, 2010

TALAM SAGU KELAPA

ASSALAMUALAIKUM...
Sekejap je dah malam kalau kita duduk di rumahkan. Tapi kalau di tempat kerja nak menunggu petang, punyalah lambat. Tengok jarum jam macam tak bergerak-gerak.

Ni nak masukkanlah entri kuih melayu resepi ibu saya. Sebenarnya saya pun tak pastilah nama sebenar kuih ini, tapi saya tahu mesti ramai yang tahu kuih ni yang sememangnya popular lebih-lebih lagi kalau bulan puasa, sebab sangat mudah disediakan.



Saya sendiri tak pernah lagi cuba membuatnya tapi sangat suka makan. Senang-senang pun orang jual mahal juga, ermmm...rugilah kalau asyik nak membeli kan. Bukan apa, bahannya murah, buatnya mudah, tapi dijual RM1 untuk 3 ketul, agaknya boleh 'cover' modal kuih-kuih lain kot.

Sebab bukan saya yang buat kuih ni, jadi saya tak tahulah sukatan yang sebenar. Ibu pun kata main agak-agak je. Jadi pada sesiapa yang tak pernah membuat tu bolehlah main agak-agak seperti berikut ya.. hik hik..

Bahan-bahan:
1 mangkuk sagu biji (dibersihkan dan ditapis)
2 mangkuk air gula (rasalah manisnya cukup)
kelapa parut secukupnya digaul bersama garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Biarkan air gula yang mendidih di dalam periuk. Jika menggunakan sagu biji putih, letakkan sedikit pewarna merah. Atau boleh menggunakan sagu biji berwarna merah.
2. Masukkan sagu biji, kacau sentiasa sehingga sagu kembang. Apabila sagu kembang secukupnya, tuangkan ke dalam loyang.
3. Biarkan sejuk dan sudukan seketul-seketul dan golekkan ke dalam kelapa parut.




Ini cara ibu saya, ada juga yang membuat adunan sagu agak keras sedikit supaya boleh dipotong sebelum digolekkan ke dalam kelapa parut. Lain orang lain caranya kan, SELAMAT MENCUBA

5 comments:

aNIe said...

Sariyusa...dulu akak rajin buat kuih ni...sekarang dah malas...sebab akak makan sorang

izahdaut said...

assalamualaikum kak..kuih ni senang tapi kena ada teknik gak kan..kengkadang tu ada sagu masih putih la..kalau jual tu kita bkan perasan beli kuih sagu keras..tapi saya suka yg lembik2 mcm gambo di atas..hehe..suke la kuih sagu ni.lame dah tak buat sbb hubby kureng skit kuih ada klapa ni

erienz said...

akak sedapnye kuih tu...

Sari Yusa Ibrahim said...

kak Anie, betullah, macam tak best je kalau mkn takde kawan kan..

izah, betul... suka yang lembik2, lembut je lalu kat tekak

erienz, sedap.. buatlah untuk cik abemu tsayang tu..

lin said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,色情,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女

Share It

Anda Sukakan Ini?