LOMAK CILI API ITIK SALAI DAN SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU TAPAU DARI SALAI VALLEY

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

DAH lama nak makan di Salai Valley yang bercitarasakan masakan Nismilan, tapi tak ada geng. Selalu sangat iklan Salai Valley ni lalu di wall fb Sk, tempatnya pun taklah jauh sangat dari pejabat tapi masih belum berkesempatan menerjahnya. Kalau nak ajak Pak Inche memang tak dapeklah sebab Pak Inche bukan penggemar masakan Nismilan apatah lagi masakan salai yang dimasak lomak cili api. Iman pula sibuk dengan kelas online paling susah juga nak diajak. Tapi, semalam, kawan Sk, Fidah beritahu, malam semalamnya dia dan kawan-kawan serumah (kawan Sk jugalah), makan di Salai Valley ni, terus hati SK meronta-ronta bila dengar keenakan masakannya. Kebetulan jam dah hampir pukul dua belas, terus Sk capai handbag dan handphone, masuk kereta, hidupkan enjin, gostan dan gohead ke Salai Valley yang terletak di Dataran Larkin, kahhhhhh.


Sorang-sorang pun jadik ya, Fidah dah sarapan berat, Naza pula puasa, apa ada hal, kita tapau la. Disebabkan dah biasa dan pandai masak Daging Salai, jadi SK pilih Itik Salai. Pernah dulu, kawan Sk makan Itik Salai di sebuah restoran terkenal, liat dagingnya, jadi yang ini Sk berani cuba sebab Fidah kata, daging itiknya lembut. Sk minta adik yang ambil pesanan tu pilihkan bahagian berdaging, sebab Sk memang jenis tak suka bahagian bertulang, penat nanti nak kokah, hahaha.


Setiap set hidangan Masak Lemak Cili Api disertakan bersama nasi putih untuk seorang makan, ulam raja, sehiris timun, kacang pancang dan suku tomato serta sambal belacan. Sk add-on Sambal Tempoyak Daun Kayu.


Dah sampai pejabat... terus buka tapauan di pantri, hihi. 
Banyak juga nasinya tapi kuah masak lomak tu macam tak cukup aje, maklumlah kita biasa makan kuah banjir, haha. Okey, itik salai tu memang lembut dan lunak dikunyah, masakannya menggunakan santan kelapa asli yang memang terasa cuma tak cukup kick bagi Sk sebab tak cukup pedas. Apo??? Iya, tak pedas langsung sampai SK langsung tak minum air lepas makan. Sambal tempoyak daun kayu tu bolehlah, agak pahit sikit rasanya dan ada rasa salai, macam pelik aje, takkan sayur pun salai sekali, hahah.. tapi taklah mengecewakan, cuma tak pedas.. tengah makan jumpa petai setengah biji, hahah.


Dua set hidangan yang mesti dicuba jika anda ke Salai Valley, Daging Salai dan Itik Salai. 
Kalau bawa anak-anak jangan risau sebab ada disediakan juga hidangan ala western untuk kanak-kanak.


Selain tu, ada juga Keli Salai, Ikan Patin salai, Siput Sedut dan Tolur Itik. Kalua anda nak makan Nasi Beras Perang pun ado. Eh, lempeng dengan jemput-jemput pun ada tau, untuk dicicah bersama kuah masak lomak cili api. Pandai ke makan lempeng cicah lemak cili api? Jujurnya Sk tak pandai, maklumlah kita Johorean pandai makan lempeng cicah kari atau asam pedas aje, hihi.

Jadi, peminat masakan Nismilan yang tinggal di JB, bolehlah cuba masakan Nismilan di Salai Valley ni. Boleh 'Berasap Sampai Menesap' katanya. Apa menesap tu, Sk tak tahulah pulek, heheheh.

Salai Valley

2, Jalan Dataran Larkin 2, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor

Telefon 019 2588770

Ditutup setiap hari Jumaat


Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hari ni mama masak itik juga kat rumah.. tapi itik kurma

    ReplyDelete
  2. meresap dlm poket tu duitnya., hehehe (gurau2)

    ReplyDelete
  3. Kalau dah tak ada pencecahnya, cecah saja lempeng dengan apa-apa, lomak cili api pun sodap...ahaks!

    ReplyDelete
  4. Nanti datang nismilan boleh makan di pilah, 😁

    ReplyDelete
  5. Baru lepas masak lomak Itik Salai...hehehe....itik the best so far...kan?

    ReplyDelete
  6. Terima kasih yer..suggest tempat nie...memang sedap..pedas dan itik nyer lembut...baru pergi tadi..susah nak cari masak lomak di JB nie..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!