BELI KEYBOARD BARU.. BEKERJA DARI RUMAH KAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) telah diumumkan semalam mulai esok selama empat minggu,  tetapi PKPBKPKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Kecuali Pahang, Kelantan, Perlis. Motif tiga negeri ini tidak perlu PKPB, Sk malas nak siasat tapi hari ini merupakan hari kedua Sk Bekerja Dari Rumah (BDR). Dan disebabkan keyboard laptop Sk rosak yang Sk pernah cerita sebelum ini, maka semalam gigihlah Sk beli keyboard lain untuk digunakan sepanjang BDR ni. Di pejabat, Sk gunakan PC pejabat, takkanlah nak angkut pc tu bawa balik rumah tambahan pulak rasanya ada penggiliran jadual, bukan hari-hari BDR, tapi tak tahulah bagaimana perbincangan pihak atasan nanti. 


Ini bukan laptop Sk tapi laptop Pak Inche. Sejak PKP bulan Mac lepas, Pak Inche walaupun BDR tapi dia dapat surat pelepasan keluar bekerja. Tak boleh masuk kepala BDR katanya tambahan lagi masa tu talian internet sangatlah teruk. Sampai sekarang pun masih teruk lagi, kami merupakan pelanggan celcom dan satu-satunya pencawang yang ada ialah berdekatan dengan SK Kangkar Pulai yang kini dikatakan dibebani dengan penggunaan yang ramai. Jadi, bila Iman dah mula kelas online, terpaksalah pasang unifi. Hurmm.. tadi, Sk dah susunlah laptop Sk sebelah laptop Pak Inche ni, tapi, dah satu hal pulak sebab Sk guna keyboard lain kan, penuh satu meja dengan laptop dan keyboard, hahaha.


Sudahnya, terpaksa bawa semua letak atas katil. Bahaya eh, jangan risau, Sk mengambil berat langkah keselamatan dengan tidak meletakkan laptop terus atas katil, ada alasnya tu haaa. Ni pun sebab tengah guna, sekejap lagi kita pindah balik atas meja la sambil letak mode standby kot ada arahan dari pejabat. Sambil tu bolehlah kita uruskan kain baju sebakul ni haaa.. hahahah.


Yang penting, dah siap isi perut rakyat dalam rumah dengan Nasi Lemak Sambal Sotong. Hurmmm.. bilalah sambal sotong tu nak habis. Esok buat nasi lemak bawa pergi pejabatlah, jamu kawan-kawan. Ke.. nak makan dengan lempeng, hahah. Sedap tu lempeng cicah sambal. Tak pun cicah roti gardenia.. haaaaaaa... takut roti gardenia tak ada jer musim pkpb ni, huhu.







Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. leceh juga lp lain kb lain.
    Beli lp baru ajelah SK.

    ReplyDelete
  2. Ooo ini kesahnya laptop tu...kita pun macam nak beli jee keyboard baru, tapi tu lee mana nak letak, ni pun semua kat meja makan hall tamu.. nasib lee ada meja makan satu lagi kat dapo, so tak le semakk mata..

    ReplyDelete
  3. tak puas klu pakai laptop punya keyboard sbb kecil kan... then rasa mcm nak beli monitor juga huhuh

    ReplyDelete
  4. sekali lagi, comelnyaaaa laptop dengan keyboard akak!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!