WFH - 'WORK FROM HOME' BUKAN 'WORK FOR HOME'

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...

WFH lagi hari ni dan telah mendapat persetujuan dari pihak atasan, semua staf akan bekerja dari rumah setiap hari Khamis kecuali dalam kes tertentu. Yang kelakar semalam, seorang kawan se-company post status WFH maknanya Work From Home bukan Work For Home gara-gara ada staf yang tidak alert dengan tugasan yang diberi. Sk agak perkara ini berlaku apabila rakan Sk ni merupakan penganjur satu kursus secara online dan mungkin ada yang berkursus sambil membuat tugasan surirumahtangga, hihi. 

Tak dinafikan, bagi Sk sendiri.. sambil BDR memang Sk ada curi masa (tau.. dosa mencuri) untuk melakukan kerja-kerja rumah. Mungkin sebab kerja BDR Sk ni hanya menunggu laporan kehadiran dari kelas-kelas online, jadi.. kalau tak ada yang hantar laporan tu, takkan nak melongo depan pc. Macam sekarang ni, sambil tunggu staf hantar report, kita boleh jer nak blogwalking asalkan petang nanti semua laporan siap dihantar dalam grup whatsapp staf.

Kadang kalau fikir balik, penatnya bekerja semasa PKPB ni. Terkejar-kejar.. terutama apabila giliran kita pula bekerja di pejabat. Dengan waktu kerja yang semakin pendek, kita mengejar dateline. Macam semalam, memang somputlah jugak nak  selesaikan semua kerja yang hanya boleh dibuat di pejabat sahaja, tapi, Sk ni memang jenis all-out la, boleh siap beberapa kerja dalam masa yang singkat, jadi, sebelum ber BDR hingga isnin depan, semuanya telah selesai. Tunggu sahajalah tugas apa pulak yang menanti minggu depan dalam tempoh dua minggu lagi PKPB 2.0 ni, huhu.


Asalnya semalam nak masak Kari Daging. Dah pesan kat Iman, pukul 2 rendam daging dalam peti ais tu. Tapi, dalam perjalanan balik tu, SK call Pak Inche, bagitahu yang SK rasa macam penat sangat nak masak.. lepas tu nanti makan kari daging ajelah, sebab tak ada sambal belacan, malas nak pergi kedai beli lada. Pak Inche kata, nanti kita pergi makan Senoko ajelah, takyah masak.. legaaaaaaaaa Mak Inche, hahhaa.. Tapi, kami tak ke Senoko pun, sebab Iman kata dia masih kenyang makan nasi lauk pari bakar sambal tip top yang Pak Inche tapau tu. Jadi, kami makan kat kedai tomyum berdepan dengan Econsave Taman Teratai, boleh laaaa... huhu.


Tapi, istimewa kat sini, ada jus nenas. Jarang jumpa jus nenas dalam buku menu, terus Sk pesan segelas. Memang melegakan anak tekak betul, hahaha. Tapi, sekali ajelah kot makan kat sini, tak sedap kata Pak Inche. Hurmm.. nasib baiklah bukan Sk yang beriya sangat nak makan kat sini. Tulah, asal nampak orang ramai jer tergoda, asal nampak orang ramai jer tergoda. Nasib baik tak kena mandrem, hahahaha.



Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Terkecur baca Jus nenas, sedapnyaaa Kak..
    Kak, sama kawan kita, keje dr rumah, tapi takkan laa nak ngadap laptop 24jam kannn..so curi curi lee buat keje uma hehehehe

    ReplyDelete
  2. Betul SK. BerBDR musim PKPB ini lebih meletihkan! Sebenarnya terkejar-kejar juga nak buat kerja, tapi sebab tak perlu bersiap bersolek bagai, okeylah tu. Masa bekerja bukan menentu, patutnya siap sampai petang, bersambung hingga malam juga. Arahan diberi pun ikut suka orang kayangan jew, tak kira hari cuti ke apa. Iye iye sajalah.... lalalala.. sambil-sambil blogwalking.

    ReplyDelete
  3. Work For Home...
    Hihihi yang tu lawak

    ReplyDelete
  4. Sedapnyer jus nanas tu.
    Wak hari2 WFH to kebun.

    ReplyDelete
  5. Kesian juga pada yang terpaksa Work From Home ni, memang mencabar dan banyak dugaan. Moga dipermudahkan urusan ya

    ReplyDelete
  6. sama la mcm abe kie yg mengajar dari umah ni. budak2 ni ingat sek ditutup ni tiada pembelajaran. bila buat kelas 2 3 kerat je yg hadir. rasa mcm nak bakor je..

    ReplyDelete
  7. saya suka jus nenas...kalo ada dalam menu, dan teringin, memang akan order..hihihi

    ReplyDelete
  8. Selamat wfh 🤗
    Sedapnya jus nenas 😁

    ReplyDelete
  9. WFH ni mmg letih dia double actually.. sbb org cari kita anytime tak kira lunch time ke apa.. ramai igt WFH best..tapi tak pun... kan , bab curi masa tu.. work dekat office pun sometimes kita curi masa jgk ..h eheheh

    ReplyDelete
  10. menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
    AJOQQ menyediakan 9 permainan seru :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!