Assalamualaikum...
ADUH.. asal kena BDR asyik fikir hari tu, hari Jumaat. Dah macam hari-hari, hari Jumaat dan asal esoknya kena BDR akan ingat esok tu, Jumaat, hahaha. Sindrom ni bukan melanda SK sahaja malah ramai rakan sepejabat. Tambah lagi di rumah, cuma ada SK dan Iman, Pak Inche bekerja macam biasa, lagilah rasa hari tu hari Jumaat. Macam hari ni, padahal hari ni barulah hari Khamis, heheheh.
Disebabkan waktu bekerja sepanjang tempoh PKPB 2.0 ini hanya bermula jam 10 pagi, banyaklah urusan rumah yang dapat diselesaikan dahulu. Kalau hari tu giliran SK bertugas di pejabat, masih sempat lagi untuk Sk bersarapan di rumah. Yang seronoknya bila BDR pulak, masih sempat lagi uruskan kerja-kerja surirumah. Macam pagi ni, dah siap sidai kain dan sediakan sarapan untuk Iman dan perut sendiri, hihi.
Banyak rakan-rakan yang sama macam SK. Sayalah salah seorangnya. Terlalu lama berkurung di rumah, berBDR bagai, sampai lupa hari ini hari apa, tarikh berapa.... hahahaa nasib baik masih masih kenal siang kenal malam...kah!
ReplyDeletePasal masak-masak ni, belasah jew apa yang ada. Kita juga yang makan..kihkihkihhh!
Kita surirumah ni lagilah selalu lupa hari. Haha. Hari2 duk fikir nak makan apa, nak masak apa. Kalau Eina masak macam ni, memang Eina berdua dgn husband jer yg makan. Anak-anak tak pandai makan macam ni.
ReplyDeletetelan air liur saja ni , terliur tgk masakan ni! thank you sharing resepi
ReplyDeleteDania dah berzikir nak makan spaghetti bolognese..erm...macam kena buat jer ni
ReplyDelete
ReplyDeleteIONQQ menyediakan pelayanan terbaik dan bisa di percaya
ayo segera bergabung bersama kami
WA : +855 1537 3217