MENDUNG SEMALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

BILA mendung.. nak meronggeng pun tak dak mood..


SARAPAN pagi semalam
Tuna Pedas 
Telur Separuh Masak
Mushroom Soup dan Garlic Bread

cuaca mendung.. dengan renyai hujan
lepak seharian atas katil sambil layan drama rantaian di telegram


Tengahari cuma masak nasi dan panaskan lauk-lauk
Sebab malas nak keluar tengok cuaca yang tak ceria
lagipun tengok carta covid boleh tahan juga
walaupun yang banyaknya kes di negeri sana nun
hati rasa tersayat jua sebab rakan fb Sk antara frontliner 


Asam Pedas Ikan Mayong
Ibu Sk beri semasa Sk datang ke rumah ibu, Jumaat
Tengok dua keping ikan kemahen besar
tak tahulah besar mana mayongnya
aasam pedas ibu tak pernah menghampakan
dihirup sehingga ke titisan terakhir


Left over Kari Ikan Merah
Sk panaskan untuk Pak Inche
ada satu bahagian isi dan sebelah kepala
lepas habiskan ekor mayong
habiskan pulak kepala ikan merah
dulu... ikan kembung seekor makan seorang sebelah
la ni.. Alhamdulillah..


Udang.. sepuluh ekor hari tu buat sambal tumis petai
ada lagi tujuh ekor buat goreng kunyit
lawankan dengan kari ikan merah buat Pak Inche
sebab tak ada ikan goreng, huhu
Iman tolong habiskan udang
bonda tak larat deh jadi tong sampah


Goreng telur dadar dalam kuali legend
buat ramai-ramaikan lauk atas meja
hahaha


Petang tu keluar jugak ke Paradigm Mall
sebab nak beli kartrij printer
tapi hampa sebab model dicari ketiadaan stok
lepas tu pergi SDS sebab Pak Inche kata lapar


Cantonese Kuey Teow untuk Pak Inche
tak reti kenyang ke orang ni


Sk dan Iman berkongsi
Korean Fried Chicken
bolehlah dari tengok aje orang makan
tapi kita kenyang
apa tidaknya makan ekor dengan kepala 
hahaha


Tapau pulak Kebab dan Tea Live untuk dinner
Balik terus mandi
dan dinner
senang hidup bonda



Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Pagi ni pun mendung jee Kak Pasir Gudang...

    ReplyDelete
  2. i love korean fried chicken tu..boleh makan berketul2

    ReplyDelete
  3. seronok tengok segala makanan tu..tapi teringat pulak tealive saya order guna foodpanda dua hari lepas...adeii buat geram aje sebab order lain, diberinya lain...tealive petronas PP tu kena order kat kedai baru ok..huhuhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!