DIY... PLASTER DINDING PECAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...


KECEWA betul rasanya melihat rumah yang telah didiami sejak 15 tahun lepas, mula mengalami kerosakan sedikit demi sedikit. Bumbung dah mula bocor sana sini tu satu hal, boleh terimalah jugak dek akal, yang Sk geram, bahagian bawah dinding asal terutama di bahagian yard dan carporch telah pecah dan berderai menjadikan bahagian itu berpasir. Bila dah berpasir, apalagi, kucing-kucing pun suka nak landing kat situ. Satu lagi, jadi tempat lipan bersarang pulak.


Dalam grup penduduk, Sk ternampak ada beberapa orang yang mengiklankan khidmat membaiki rumah, lalu Sk pun mintaklah quotation-nya. Yang satu tu bila Sk tunjukkan gambar, dia caj RM300. Taklah mahal tapi rasa macam sayang jer RM300, hahaha.

Tanya yang satu lagi, dia kata, siap cat RM700, tapi barang semua kita beli sendiri. Apo???


Ni ruang Sk letak Washing Mashine yang tak sempat bentang tikar getah tu. Haa.. sebab ni bahagian yard maka dianaktirikan. Lima belas tahun duduk tak pernah buat apa-apa, adeh. Bak kata Pak Inche, bukannya kita nak tidur dekat situ. Bila bayang-bayangkan RM300.. RM700.. tu macam.. hurmmm.. lebih baik kita buat sendiri.


Nak mulakan projek menampal semula plaster yang pecah, bila dah lapang macam tu, Si Nobit pun datang duduk situ. Ada yang kena simen ni kanggg.


Alat yang digunakan untuk mengaut simen, sudip ke.. spatula ke.. namanya, hahaha. Ni harga berapa ringgit je..


Ni untuk ratakan simen. Milu betul guna benda ni, lepas tu macam bertabur balik simen ke lantai.. tak pandai la katakan tapi lokek nak upah orang. Ni pun murah aje.


Beli plaster simen ready made kat Mr DIY. Tak perlu dibancuh, terus boleh guna. Cuma yang bodoh pandainya, lupa nak kacau bagi rata-rata, hahaha. Simen ni tak silap RM21.90, beratnya sekilo, Sk beli dua kilo jer dulu nak cuba lekat ke tak.


Siap dah simen. Alhamdulillah, melekat dah semua simen yang berderai tu. Cuma tulah, tak rata sebab plaster asal dah pecah kan. Memang sekarang tak cantik, nanti kita mekap dia bagi cantik ya. Janji dah tak ada lagi pasir bertabur kat lantai. Nak kena siapkan bahagian lain di yard ni yang berukuran lebih kurang 6 meter persegi kot. Yang nampak wayar terjuntai tu, peti sejuk lama... lama dah, sayang nak letgo sebab masih elok lagi cuma para dia semua pecah, dalamnya dah rupa almari, hahahaha. 
Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kak, kita kan kalau nampak uma retak ke apa ke, memang kalau boleh nak je ku repair sendiri, tapi tu ler, pernah sekali buat, bebel sebulan tak habis kakk..so skrg kalau apa jadi, ku lantakkann ajee.. nsb le Pak Inche tu sekepala gan akak..

    ReplyDelete
  2. dapur ammi pun gini dah..terkopek2 catnya. dahlah tinggal kat tingkat 8. semalam br husband scrapkan mana yg cat yg tertanggal tu..takut tengah masak terbang pulak cat tu masuk dlm makanan

    ReplyDelete
  3. Kalau boleh buat sendiri, elok baiki sendiri. Jimat banyak dah tu.

    ReplyDelete
  4. dekat kapur pun ada jadi mcm ni juga.. tapi tak buat lagi..nanti nak DIY juga la senang

    ReplyDelete
  5. Rumah saya lun cat dah retak2. Haihh..

    ReplyDelete
  6. Boleh buang plaster lama, takat nak sama rata, dengan plaster baru.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!