Assalamualaikum...
SEMEMANGNYA Sk telah menetapkan syarat, pada setiap kali hari cuti am, Sk tak akan memasak bagi setiap waktu makan. Maksudnya, mungkin Sk hanya akan masak sarapan jer, yang lain-lain kena fikirkan alternatifnya. Malah, malam sebelum bercuti biasanya Sk dah tak ada mood nak memasak. Memasak tu bererti kena siapkan bahan sampai cuci dapur dan sinki, jadi memang tak ada keinginan nak buat semua itu. Sinki dapur pun malas nak tengok masa ni, huhuhuhu. Sebab itu rasa seronok sangat kalau ada public holiday yang jatuh pada hari bekerja atau pada hari cuti rehat sebab dapat cuti ganti. Kalau hari cuti jatuh pada sehari sebelum cuti rehat atau sehari lepas cuti rehat pun yabedabedu jugak sebab ia bererti long weekend bagi Sk walaupun hakikatnya banyak kerja rumah yang menunggu tapi lantak pi situ, sekarang tak mahu dah stress buat kerja rumah, kita enjoy jer, janji perut kenyang dan rumah tak macam tongkang pecah, sudah, hahaha.
Syarat tu sama dengan kita kak..memang hari cuti tak dan daku nak masakk..
ReplyDeleteKak, sedap ke flurry tu, anak-anak belum cuba semua, tapi kita mmg tak suka jenis flurry tu..
Tengok ikan 3 rasa tu nampak sedap. Tapi sebab tengok dah lepas makan nasi, nampaknya blueberry cream cheese pei tu mengiurkan.
ReplyDeleteWah! Ada ketupat palas. Rasa macam raya pulak.
ReplyDeleteeee nampak sedap la mee goreng tu kak! aduii da berapa lama ngidam mee goreng ni
ReplyDelete