KERACUNAN MAKANAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...


SUSAH hati semalam bila Iman whatsapp beritahu dia cirit birit dan muntah-muntah.  Sah,  keracunan makanan.  Tapi,  apa punca? Apa yang Iman makan sama dengan apa yang kami makan.  Malam semalamnya kami sekeluarga makan di luar,  tapi siang tu Iman makan ramen yang dicampur dengan susu dan cheese.. lalu ramen disalahkan.


Terlalu susah hati sebab Iman dan buang air dan muntah berkali-kali,  Sk pulang awal dan terus bawa Iman ke klinik.  Doktor beri ubat air tambah tenaga,  ubat muntah,  ubat cirit birit dan ubat gastrik.  Balik rumah kena terus makan ubat muntah dan tunggu setengah jam,  kalau dalam tempoh setengah jam tu muntah,  kena makan ubat cirit birit, ngam setengah jam,  Iman muntah air. Baru lega kepala otak agaknya,  Sk masak bubur dan tumpang sekaki.  Lepas makan,  baru boleh makan ubat cirit birit.  Ubat gastrik tak perlu sebab Iman tiada gastrik. 


Malam tu,  Sk hanya keluar makan berdua dengan Pak Inche.  Mula nak makan di bandar lepas tu ubah fikiran makan di kedai tomyum yang dekat dengan rumah.  Yang ni,  tomyum seafood.  Biasa-biasa je tomyumnya bolehlah. 


Daging Masak Merah yang sedap.  TeringaT Sk ada beli air labu untuk masak merah macam ni sampai sekarang tak diguna lagi. 


Tengah-tengah makan tetiba Sk rasa macam senoneng.  Perut mula bergelora dan kepala rasa berpusing.  Lepas makan terus balik rumah,  makin tak tahan,  Sk ambil bantal baring dalam bilik.  Rasa macam nak muntah tapi tak, lepas tu asyik berulang ke tandas.  Sah,  Sk pun dah keracunan makanan jugak ni.  Mujur Pak Inche sihat walafiat. 

Punca??? 
Kena tubuhkan biro penyiasatan pula.. 
🐣





Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alahai...kesiannya..bab cirit birit ni mmg bahaya sbb ianya berjangkit jika guna tandas yang sama...semoga cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  2. Mudah2an dah lega cirbirnya.
    Kena minum air halia.

    ReplyDelete
  3. Allah, memang seksa kena cirit-birit muntah2 ni. Pernah rasa sebelum ni. Moga cepat sembuh semuanya ya.

    ReplyDelete
  4. Semuga cepat sembuh SK dan Iman juga... nasib baik ada biro penyiasatan yang pandai, maka tahu lah puncanya.... kann

    ReplyDelete
  5. aduh kesiannya... moga cepat sembuh ya.. keracunan makanan ni satu penyiksaan huhuhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!