SOTONG DUA RASA DAN PARI BAKAR SAMBAL TIP TOP DI HARI KE 9 PKPB 2.0

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...


NAK makan Sotong Masak Kicap, jawab Pak Inche bila Sk tanya lauk untuk makan malam semalam.
Bila dia cakap jer masak kicap, itu maknanya kena masak sesuatu yang lain untuk Iman yang tak berapa suka masakan berkicap.


Alaa.. masak paprik la.. kata Iman. Disebabkan Pak Inche pun suka lauk paprik, ingatkan dia akan bertukar fikiran tapi rupanya si bapak nak jugak masak kicap, hahaha. Nak masak dua-dua ni pun bukanlah susah sangat kan, jadi Sk masak ajelah dua-dua jenis, biar puas hati dua-dua manusia ni.


Sk fikir-fikir, tak mungkinlah nanti Pak Inche akan singgah pasar malam untuk beli lauk, sebab semalam hari selasa. Pasar malam hari selasa tu agak tak menarik untuk cari lauk-pauk. Jadi, Sk nak goreng ikan bawal yang dilumur garam dan kunyit aje, bagi masin-masin kat lidah sambil kunyah lauk sotong. Sekali, boleh pulak Pak Inche pergi tapau Pari Bakar Sambal di Tip Top Ikan Bakar. Tak tersengaja termarah pulak kita sebab tapau lauk tak beritahu, haishh... mulut niiii..


Nasib baik ikan belum goreng. Terus sumbat dalam peti ais balik. Tak tahulah nak marah ke nak suka, tapi boleh tak kalau nak beli lauk tu cakap. Pak Inche kata, habis tu kata nak masak sotong paprik, jadi dia ingat Sk tak masak la sotong kicap, tu yang dia pergi beli ikan bakar, hahaha. Macam biasa, kalau dah beli ikan bakar tu, haruslah ada tauhu bakar dan rojak cakue jugek.


Ikan Pari Bakar Sambal favourite Iman. Bukan main suka makan sotong paprik dengan pari bakar sambal ni, sampai habis dua pot nasi Sk masak semalam. Sambalnya pulak pedas betul, memang makin menambah selera la. Hurmmm.. paprik habis, pari habis, cuma masak kicap tu jer la.. tak berapa laku, kih kih kih. 

Ikan ada lagi sebungkus untuk Iman panaskan tengahari esoknya. Lepas makan ngadap pulak Rojak Cakue dan Tauhu Bakar dengan Teh O Panash..  Apo... tak reti kenyang?? 


Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Seronok betul aktivivti makan- makan SK dan family...geram jer tgok...

    ReplyDelete
  2. sotong dgn dua masakan yg berbeza,rajinnya masak

    ReplyDelete
  3. Bila nak ajak saya datang lunch rumah SK ni.. Hihihi

    ReplyDelete
  4. Sotong kicap akak menarik sungguh laaaa..jarang kita masak kicap sotong..asyiklah masak hitam atau sambal jeee

    ReplyDelete
  5. Ada-ada saja cerita yang mencuit rasa... gelak-gelak jew ni!

    ReplyDelete
  6. adoiii sedapnya sotong2 tu...da lama tak makan sotong ni...

    ReplyDelete
  7. AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!