MAKAN LAUK PASAR MALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum...

KISAH sehari selepas masak Asam Pedas Ayam, macam biasalah, Sk ni bukan reti sangat masak sikit-sikit. Biasanya lauk jenis gulai, Sk akan masak untuk paling kurang dua kali makan, jimat masa dan tenaga, tak perlu berulang masak beberapa kali. Jadi, Jumaat tu, Sk dah beritahu awal-awal, malam nanti kita makan Asam Pedas Ayam semalam, nanti bonda goreng telur dadar jer, huwa huwa huwa.

Tapi, terdetik jugak hari tu Jumaat, biasanya Pak Inche akan singgah ke pasar malam BBU beli Popiah Basah SS Ali dan kuih-muih. Pak Inche ni memang jenis yang akan mengudap-ngudap sambil tengok tv. Tapi, kalau time kerja, dia akan makan sarapan lewat, kat rumah tulah kena pastikan macam-macam makanan ada untuk dia mengunyah masa tengok tv, tapi tu takpo, sebab dia sendiri akan sediakan apa dia nak makan, huhu.

Bila dia balik tu, sahlah, nampak plastik berjinjit-jinjit. Ingatkan ada popia basah dan kuih aje, rupanya lauk-pauk pun dia beli, dah macam pergi pasar ramadhan. Hati ni geram jugak sebab kita dah siap panaskan asam pedas ayam, cuma belum keluar dari periuk aje. Tapi, Sk cool jer la.. dalam hati cakap, ni Allah nak bagi aku rehat lebih, Amiinnn. Sk tak keluarkan pun asam pedas ayam tu dari periuk sebaliknya terus hidangkan lauk-lauk yang Pak Inche beli, ahhhh.. dah rasa macam bulan puasa pulak tengok rupa lauk-lauk pilihan Pak Inche, hahaha.


Ayam Percik, Ayam Bakar dan Rendang Hati Lembu.. ni semua memang lauk-lauk yang akan dibeli di pasar ramadhan setiap kali bulan puasa. Terus terang, ini adalah lauk-lauk yang bukan kemahiran Sk. Walaupun boleh aje nak tengok resepi tapi bagi Sk renyah, lebih baik beli yang dah siap, ialah.. bukan ramai pun yang nak makannya. Macam SK ni, bukan penggemar ayam percik dan ayam bakar, jadi lauk tu cuma untuk Iman dan Pak Inche. Tapi, rendang hati lembu tu memang favourite la. Makan sampai muak baru berhenti, hehehe. Dalam mangkuk empat segi tu, seketul kambing yang Pak Inche beli dari pasar malam jugak yang Sk cerita sebelum ni, Alhamdulillah, wassalam dah malam tu.

Jadi, malam tadi, memang Sk cuma masak nasi, goreng telur mata dan panaskan Asam Pedas Ayam.. hahaha.. baru selesai lauknya. Boleh jer nak tambahkan lauk lain tapi saja jer nak paksa Pak Inche habiskan lauk yang ada. Eh, semalam pun dia pergi pasar malam beli murtabak dua keping, satu dah makan semalam, satu lagi nanti tengahari baru SK nak panaskan untuk Iman lunch. Petang nanti baru masak lauk baru untuk makan malam. Hari ni BDR sebab ganti BDP (Bekerja Dari Pejabat) hari Ahad lepas yang sepatutnya dalam jadual Sk BDR, tapi kena datang pejabat sebab ada mesyuarat, hehehe. Amboiii, kemahen berkira ya ko Sk... haruslahhhhhhhhhh!




Tags

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kalau pergi pasar malam, rambang mata betul,tatau nak beli makanan apa

    ReplyDelete
  2. Tahun ni kita tak dapat beraya SK. Jadi, bolehlah beraya bila-bila masa Pak Inche suka... ahaks!

    ReplyDelete
  3. Rinsunya nak pergi pasar malam... lama tak beli ayam percik ke, tongkeng madu ke...arghhhhhh

    ReplyDelete
  4. PKPB ni memang x merasa SA nak ke pasar malam, seremban kes tingi so takut nak keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. sana kes tinggi, kan.. hati2 ya SA. Kat JB ni Alhamdulillah, ada temoat yg tak ada kes, yg pkpd kat Kempas pun dah tamat hari ni

      Delete
  5. Dah macam juadah bazar ramadhan kan.. Rindu pula kepada pasar malam. Apa khabarlah agaknya pasar malam hari Sabtu & hari Rabu kat sini

    ReplyDelete
  6. pstttt nak tahuu takk.. hari kejadian pak inche pi pasar malam ni lahh.. ain terserempak dgn pak inche. bahahahhahahaha... mmg nmpk berjinjit jinjit plastikkk... dalam hati " wowww mesti kak seri happy tak yh masakk" 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!