Assalamualaikum...
LAMA sangat tak jalan-jalan ke Ikea bersama bonda, katanya. Ada beza jalan berdua sahaja ke Ikea dengan babah, jalan bertiga beranak ke Ikea dengan babah dan bonda serta jalan berdua sahaja dengan bonda. Setiap satu ada keseronokannya yang tersendiri, jalan dengan babah seronoknya lain, jalan dengan bonda seronoknya lain. Begitu juga bila jalan berdua sahaja dengan anak, seronoknya lain juga, hihi. Disebabkan semalam, tugas Sk di pejabat habis awal dan tiada apa nak buat di pejabat dan lagi pejabat Sk sedang menjimatkan penggunaan utiliti, jadi Sk pulang awal. Kelas online Iman di sebelah petang pula dibatalkan dan Sk mengambil Iman di rumah lalu dengan masih mengenakan baju kurung, kami terus ke Ikea. Malas pulak nak bertukar-tukar baju, buang masa dan buang tenaga nak membasuh baju banyak-banyak, hihi. Sampai parkir Ikea macam tak percaya, lengang dan lapang dan Sk parkir di hadapan pintu utama ikea di bahagian letak kereta wanita. Jam di tangan sudahpun menunjukkan 4.15 petang, macam biasa masuk kena scan MySejahtera dan imbas suhu tanpa perlu beratur panjang seperti semasa PKPP.
Kita dulu kak pernah tertekan sebab masa tu tak tau, lepas dah tau, suka perhatikan orang plak hahahaha..
ReplyDeleteAnak kita ajak juga, cumaa..entah beli ada nafsu nak keluar huhuhu.. buhsan gak ni..
Bila nak jalan-jalan ngan kita pulak? Hahaha... #guraugurauaje
ReplyDeleteikea is my favorite place to be juga .. haha klu pergi sana mesti nak borong candle byk2 hahha
ReplyDeleteLama tak pi Ikea...rasa macam naka metime kat Ikea la lepas ni...
ReplyDelete
ReplyDeletebanyak game yang menarik di IONQQ
ayo segera daftarkan diri anda :D
WA : +855 1537 3217