Assalamualaikum...
MASIH melekat bau budu dan sambal di tangan, gara-gara sesi Makan Nasi Kerabu Kak Yah bersama Iman pagi ini, hahaha. Alhamdulillah, sudah berakhir sesi kelas dalam talian Iman dan bermula minggu ini, Iman ada cuti khas semester yang dijangkakan akan berakhir bulan Januari tahun depan. Berehat panjang nampaknya dan itu bukan berita baik kerana itu maknanya makin panjanglah sesi pengajian Iman nanti. Walaupun begitu, semalam, Iman masih perlu masuk kelas untuk kuiz dan menurut Iman ada dua lagi kuiz yang dia perlu ikuti bergantung kepada arahan dari masa ke semasa.
Gambar dari kamera Iman, Pilihan Iman, Nasi Kerabu Daging Bakar dan Sk pilih Sambal Paru.
Yang penting sambal mesti lebih, huhu. Walaupun akhir-akhir ni macam rasa terbako dada bila makan pedas, tapi tetap jugak degil. Oh, ya, jika anda datang ke JB dan menggemari masakan Kelantan, ketahuilah Johor Bahru antara syurga makanan Kelantan terutama pada waktu pagi mungkin kerana ramai rakyat Tanah Serendah Sekebun Bunga itu berhijrah dan bermastautin di JB sejak puluhan tahun lepas. Dan Warung Kak Yah yang terletak di Jalan Manggis, Kampung Pasir, JB ni antara yang paling Sk suka kerana lauknya yang lengkap termasuk solok lada dan telur masin sebab ada warung yang tak sediakan solok lada ni, potong betul tau, hahaha.
Lama oi tak keluar makan Nasi Kerabu dengan Iman, hahaha. Jadi, haruslah bergambar sambil makan nasi kerabu. Makan pedas-pedas, hirup pulak Nescafe O Panas, fullamakkkk.. dia punya terrrrrr... Iman awal-awal dah order ais bandung sebab takut tak tahan pedas, heheheh. Selain nasi kerabu, Warung Kak Yah juga ada nasi dagang, laksam serta pelbagai kuih muih dan lauk pauk Pantai Timur seperti Patin Tempoyak dan Gulai Serati tau.. tapi gulai serati tu cuma ada pada hari tertentu sahajo.
Jomlah ke..
Warung Kak Yah Kampung Pasir
Jalan Manggis, Kampung Pasir, Tampoi.
wahh nasi kerabu yg sedapp tu makak., kat johor pown ada erk nasi kerabu ;p
ReplyDeleteFavourite kita ni SK nasi kerabu 😋
ReplyDeleteMesti sedap giler nasi kerabu tu sampai tangan pun masih bau budu...kah!
ReplyDeleteSelera nampak 2 beradik tu makan nasi kerabu.. Yang mana adik yang mana kaka tu.. Hihihi
ReplyDeleteKak, akak kalau tanya Lin mana sedap, Usop gan Kak Yah ni, memang Kak Yah ni sedap kak, sebab dia banyak pilihan bahan...Usop dia macam original biasa aje..
ReplyDeletenampak sedap tu nasi dia...
ReplyDeletePoker online dengan presentase menang yang besar
ReplyDeleteayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
WA : +855969190856