Assalamualaikum...
PEHA ayam ni dah sebulan Pak Inche beli rasanya. Kunun-kunun, kalau siang dah makan nasi, malam masak Chicken Chop jer. Nampak macam jer aje, kan, tapi dia tak tahu, lebih baik masak nasi berlauk dari masakan western macam ni yang perlu dihidang pantas. Kalau masak nasi berlauk, kita masak awal dan berehat-rehat dulu sebelum makan, gituuuu. Jadi, hari Jumaat tuari, Sk fikir malam tu bolehlah masak Chicken Chop, sekali Pak Inche kata dia nak makan nasi malam tu, ayam pulak, dah di-defrost, Sk terus taburkan aje dengan serbuk lada hitam dan frozen-kan semula, huhu. Adoi, panjang betul cerita ayam ni la... Malam tu kitorang makan kat Senoko, huhuhu.
Jadi, semalam kan Sk kerja. Rasa macam tersusun balik la jadual yang dah jadi rutin kita. Bak kata Mak Cella, jet lag?? Hahaha.. hilang dah jet lag tu.. Kalau tak, hari-hari rasa hari Jumaat. Lepas tu berkejar Work For Home dan Work From Home. Melangut jer depan PC dok tunggu laporan masuk sorang-sorang. Kalau baring karang, terrrrrr.... zzzzz.. pulok. Apalagi, sambil lipat kainlah kita, hahaha. Eh, tadi nak cerita pasal ayam tu... jadi, semalam, SK suruh Iman keluarkan tupperware berisi ayam yang dah perap dengan lada hitam tu rendam sampai ayam lembut, tapi jangan sampai tupperware tu tenggelam. Bila ayam tu dah lembut, masuk dalam peti sejuk semula. Risau pulak ayam busuk kalau lama-lama kat luar. Syukur, sedang elok sangat lembut ayam tu bila Sk balik, apa lagi bersilatlah kita, wakkkk.
Coleslow
Rebus jer mix vege lepas tu tos dan bilas dengan air sejuk, gaul dengan mayonis, tambah salad yang dihiris halus
Fries
Goreng guna air fryer jer.. tapi kering laa.. tak ada minyak-minyak tak best, haha
Sos Blackpepper
ini sos lebih masa masak Lamb Chop hari tu, hahaha
Ayam
Perap dengan serbuk lada hitam dan
Panggang atas Grill Pan sehingga masak, balik-balikkan sentiasa supaya masak sekata
Lepas tu panggil laki anak suruh susun dalam pinggan dan buat air sedap,
feeling-feeling la makan kat restoran lima bintang, jangan lupa pasang kipas laju-laju.
Saya bagi 6 bintang! Ada 6 bahannya tu, lengkap sempurna satu pinggan. Nak bawak lari jagung rebus nan seketul tu hahahahaaa!
ReplyDeleteya allah .... TIBER nakk terbuatttt sendiri... nanti kite rujuk resepi disini yer 😜
ReplyDeleteAwat la dia lalu time tengah lapow ni.. Menjilat screen ni SK.. Hihihi
ReplyDeleteBetullah Kak, guna AF bagus, tapi kering nauu hahahaha...
ReplyDeleteLama gak tak buat sendiri ciken chop, sebab takde yang request hehehehe
nampak sedap ni !!!
ReplyDeletejgn risau kalau nk tahu harga ayam kampung terkini, sediakan harga tepat utk anda.
ReplyDeleteperghhh macam kat SDS...
ReplyDeleteammi suka chicken grill gini compared with chicken chop yg digoreng tu..rasa muak pulak kalau yg bergoreng tu
ReplyDeleteada 9 permainan poker menarik di AJOQQ :D
ReplyDeleteayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
WA : +855969190856
Kalau bab chicken chop ni..serah kat Dania la..dia suka la ni...
ReplyDelete