BASAH KUYUP KENA TEMPIAS HUJAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

KEMBALI ke pejabat pagi ini seperti rutin biasa semasa PKPP selepas Johor left group telah ditamatkan PKPB (tiberrrr) tak ada angin tak ada ribut. Atau mungkin Sk yang tidak sedar bila masa pokok bergoyang, hahaha. Tahu-tahu sahaja, petang Jumaat tu, dengar Iman cakap, PKPB di Johor ditamatkan??? (Sambil tengok handphone). Dan lepas tu sampai ke malam riuh rendah hantaran mesej dari grup-grup whatsapp tentang cerita PKPB yang ditamatkan. Ialah, organisai kami ni bukannya selingkar kasih jer. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan apabila keputusan tak ting tak tu dibuat pihak yang berkenaan, kami pasti menerima tempiasnya, malah boleh kuyup kebasahan.

Penatnya bekerja semasa PKPB membuatkan dalam masa yang sama otak ni jadi semacam tak centre bila tetiba pada malam Ahad tu kami diarahkan bekerja secara normal keesokannya. Bukan tak bersyukur masih ada kerja tapi disebabkan kenyataan asal pihak yang berkenaan tidak selari dengan keputusan yang dibuat, membuat diri jadi lelah lalu Sk mengambil keputusan mengambil cuti pada hari Ahad. Tak mahu fikir pasal kerja, sakit kepala, kahhhhh.


Dan.. ini bukan pemandangan sarapan pagi ya tapi lunch, hohoho. Sebenarnya pagi tadi, Sk seperti biasa bawa bekal telur separuh masak dua biji dan nasi goreng yang dipanaskan. Ya, dipanaskan sebab tak habis-habis dimakan, syukur dah wassalam. Tapi, selepas membancuh kopi secawan, rupanya air yang ditekan pada mesin tidak berapa panas. nampak dah lampu oren menyala separuh saja tapi ditekan juga, lalu tiada kepuasan menghirup kopi panas... hurmmm.. 

Sedang mengusap perut yang kekenyangan dek nasi goreng, datang pulak Kak Imah membawa beberapa ketul muffin coklat. "Yang ini bakar dalam oven, yang ini bakar dalam air fryer," kata Imah. Waduh-waduh, Kak Imah ni masih belum hilang semangat mem-baking di kala yang lain sudah menyimpan loyang dan spatula dalam kabinet. Malah, Sk pun tak tahu sama ada mixer dan oven Sk tu masih boleh hidup lagi atau sudah Innalillah.. huhu.

Jadi, tengahari ini, Sk layan muffin dan nescafe 0 panas pula selepas kepala otak rasa kembang tengok kerja pejabat yang tergendala semalam. Itulah, ambil lagi cuti kecemasan dalam keadaan yang tidak berapa cemas, hahaha. Tak apalah rasa rugi cuti tahun dipotong sehari. Ada jugak faedahnya bercuti semalam sebab dapat jalan-jalan ke merentas ke luar kawasan. Dapat tengok lebuhraya, dapat tengok laut, dapat tengok muara. Yang best sekali, dapat jalan-jalan cari makan. Ke mana???

Tungguuuuuuuu...!





Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wahh nmpk sedap je muffin brownies tuuh., ;p

    ReplyDelete
  2. dapat makanan free yg org bg smua sedap kan! hehehe bestnyaaa !!!

    ReplyDelete
  3. Saya pun sedang memabayangkan kalau tetiba malam ni KL & Selangor yang jadi admin bersama ni pun left group demgan tiba-tiba.. Jet lag oooo.. Hihihi

    ReplyDelete
  4. Saya pun dah tak berapa nak fikir tentang PKP ke, PKPB ke, PKPD ke di LD. Rasa macam duduk dalam gua batu pulak dah. Siang malam asyik melayan kerja online sampai tak sedar hampir penghujung November. Alamak! Rupanya berkurung dalam rumah sejak September! Dah tak pandai nak hitung hari dah.

    ReplyDelete
  5. Ingatkan basah kuyup betul2.
    Wak hari2 basah kuyup kena hujan.

    ReplyDelete
  6. geramnya tengok nescafe aduh duh duh

    ReplyDelete
  7. bahhahahahaha Johor left group.... 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣😜

    ReplyDelete
  8. ayo daftarkan diri anda di AJOQQ :D
    menangkan jackpot dengan sebanyak-banyaknya :D
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!