KARI IKAN MERAH YANG MENYELERAKAN UNTUK ORANG SAKIT DAN BDR

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

Assalamualaikum... 

KEBETULAN pula, tidak perlu ambil cuti sakit atau cuti kecemasan selepas diserang diarrhea semalaman kelmarin kerana pejabat Sk sedang melaksanakan perintah 'Bekerja Dari Rumah' atau omputeh cakap 'Work From Home'.  BDR yang baru sahaja dilaksanakan di kolej Sk dalam peringkat percubaan lagi memandangkan Johor Bahru pada minggu lepas telah diletakkan dalam zon merah menyebabkan semua sekolah kerajaan dan swasta di seluruh zon JB ditutup mulai 1 November hingga 14 November dan tindakan ini turut diambil oleh kolej sebagai langkah keselamatan disamping langkah penjimatan gara-gara pandemik covid 19 yang menyebabkan kewangan turut terjejas. Kalau nak dicerita makin panjanglah intro ni jadinya jadi mari kita cerita pasal kari ikan yang amat menyelerakan tekak Sk semalam walaupun tali usus masih rasa bersimpul-simpul,  hahaha. 


Dah beberapa hari sebenarnya teringin nak makan kari ikan merah ni.  Terbayang sedapnya kuah kari yang digaul dalam Sambal Belacan Kelantan,  hahaha.  Jadi,  bila kena BDR semalam,  dalam sakit perut tu berjaya jugak masak kari ikan ni petang semalam.  Masa tu perut dah rasa lega sebab dah makan ubat,  kan..  siap boleh pergi econsave semata-mata nak cari bendi untuk dicampak dalam kuah kari,  hihi. 

Dah terbiasa dari kecik,  mak mertua Sk memang akan sediakan ikan goreng untuk anak-anak jadi Sk memang akan gorengkan ikan merah untuk Pak Inche dan Iman sorang sekeping.  Tapi,  Iman pun semalam tak lalu makan,  mungkin diarrhea dan muntahnya lagi teruk berbanding Sk. 

Sawi Pak Choy juga dibeli dari econsave.  Yang sebenar bukan nak sangat pergi econsave tapi semalam makanan budak-budak kecik tu semua dah habis jadi terlanjur econsave berdepat dengan Pet Outlet,  tu yang singgah econsave.  

Tiada dalam gambar,  Sambal Belacan Kelantan,  sebab memang stoknya dalam peti sejuk.  Kalau nak makan,  baru keluarkan.  Kena pastikan sentiasa ada,  kalau habis,  blend yang baru. Tumbuk??  Memang idok leeer.. Benda dah senang,  buat apa nak susah,  kannn.. 

Erkkk.. terpost pulak entry ni, lupa masukkan resepi ...

Kari Ikan Merah Sk

Bahan-bahan :

Beberapa potong ikan merah

1 bawang besar dimayang halus

1" halia dimayang

3 bawang putih dimayang

1 tangkai daun kari

Sedikit minyak untuk menumis

2 sudu besar rempah kari Ikan cap o

1 sudu serbuk cili Faiza

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu kecil asam jawa adabi + suku cawan air

Air secukupnya

5 batang Bendi 

1 biji Tomato potong 4

Cara-cara :

1. Panaskan minyak masak, tumis bahan yang dimayang hingga layu, tumis juga daun kari.

2. Masukkan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit, tumis lagi, tambah air sedikit sedikit sambil terus menumis.

3. Bila bahan tumis dan cantik tambah air secukupnya, masukkan Bendi, masak sekejap, kemudian baru masukkan ikan. 

4. Ikan dah empuk, masukkan air asam jawa dan garam, kacau sebati, masukkan tomato, siappp!


  


Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hidangan yg mudah tp menyelerakan. yummy...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kari ikan merah..selain buat kari SA suka buat sup..bahagian kepala especially

    ReplyDelete
  3. menu kita makan sama .. smlm i makan lauk yg sama juga mama masak :)

    ReplyDelete
  4. ayah saya suka betul dgn kari ikan merah
    tiap minggu boleh dikatakan ada lauk kari xD

    ReplyDelete
  5. Wah, kari itu sangat menggamit selera demgan warnanya menggoda. Pasti sedap digabungkan ikan goreng dan sambal belacan

    ReplyDelete
  6. Lama tak makan Kari ikan.. sedapp ni

    ReplyDelete
  7. Mudah2an dah sihat.
    Kalau orang sihat lagi berselera ngadap kari dan goreng ikan merah tu.

    ReplyDelete
  8. Mengancam betul kari ikan merah tu. Mudah-mudahan cepat sembuh orang yang sakit tu ye. Selamat menyambung BDR.

    ReplyDelete
  9. Sedap pula tengok kari tu... Ikam goreng tu pun mengiurkan betoi :)

    ReplyDelete
  10. haaa thank youuu kak share resepi ni...memang nak buat kari kepala ikan siakap ni haaa..da lama sangat terperam kepala ikannya...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!