Assalamualaikum...
JIKA anda penggemar Mee Rebus, Sk ingin mengajak anda untuk menikmati keenakan
Mee Rebus Sungat Chat yang kini boleh didapati di Glass Restaurant, Thistle Hotel Johor Bahru.
Siapa yang mampu melupakan keenakan Mee Rebus Asli Johor iaitu hidangan mee kuning dilimpahi kuah yang pekat, taugeh, hirisan tauhu dan taburan keropoknya yang rangup. Lebih kick lagi dengan hirisan cili hijau dan telur rebus serta perahan jus limau kasturi, pasti licin sepinggan mee rebus.
Melengkapkan lagi sajian Johor pastinya dua keping otak-otak yang dibakar sempurna. Ia boleh anda nikmati sebelum menyuap mee rebus atau boleh sahaja disuap bersama supaya lebih mesra, ibarat kata, tepuk dada tanya selera. Sudahi hidangan anda dengan secangkir teh tarik, ahhhh.. sungguh terasa nikmatnya.
MEE REBUS SUNGAI CHAT
Ianya boleh didapati mulai
🗓 2 November 2020 sehingga 30 November 2020
⏰ 12.00pm - 10.00pm (Isnin hingga Ahad)
💵 RM14.90 nett per set inclusive of otak-otak and a cup of teh tarik!
📌 Glass, Thistle Johor Bahru
☎ 07-222 9234
📞 https://wa.me/60127892092 (WhatsApp)
#ThistleJohorBahru #meerebus #sungaichat #lunch #dinner #setmeal #November2020
Tunggu aaarrr mee rebus. Dulu pernah sekali makan mee rebus di Plaza Angsana Johor Bahru. Mee Rebus Pak Wahid ke apa namanya. Malam-malam lepak di... mana entah pasar malam, makan otak-otak pulak. Sedap sangat otaknya, makan sampai 7 bungkus!
ReplyDeletesangat2 berbaloi dengan reganya tu!
ReplyDeleteprice dia not bad kan.. ada udang besar lagi with teh tarik
ReplyDeleteSA penggemar Mee Rebus..nanti nak pi JB la...and boleh la jumpa sis Sari pekena Mee Rebus...x kisah la kat mana- mana..janji sedap Mee Rebusnya...
ReplyDelete