BOSANNYA TERPERUK DI RUMAH, DAH JALAN-JALAN PENAT PULAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum... 

DUA hari berturut-turut duduk di rumah, dia punya rasa tu uiii... padahal masa PKP dari bulan Mac sampailah PKPB bulan Mei, elok jer hari-hari duduk rumah walau rupa dah macam Mak Lampir, ahahaha, bila dua hari duduk di rumah yang tak keluar langsung, campur dua hari BDR rasa lenguh satu badan dibuatnya, jadi pagi Sabtu, Sk memaksa semua orang untuk keluar bersarapan di luar, tak kisahlah kedai mamak ke, kedai melayu ke, janji kena makan dalam suasana terbuka, tak nak makan di rumah, huhuhu. 


Rezeki kami pagi ni, asalnya nak bersarapan di tempat lain, tapi haluan hati membawa kami bersarapan di Endau's Kitchen yang terletak di Jalan Petrie, Johor Bahru. Masa sampai di sini, ada seorang kawan Pak Inche yang kira VIP jugaklah sedang bersarapan dengan seorang kawannya dan rupa-rupanya beliau telah membelanja kami sekeluarga. Ya Allah, semoga bertambah lagilah rezeki beliau dan diberikan kesihatan yang baik buat beliau dan keluarganya, Amiiinnn.

Endau's Kitchen

13C, 10, Jalan Petri, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

018 778 4641


Lepas sarapan kami ke Midvalley Southkey, hajatnya nak jalan-jalan sampai lebam, hahaha.
Tapi, baru jalan sikit dah mengah rasanya, agaknya sebab makan banyak sangat di Endau's Kitchen tu, kan, semuanya nak dipesan dan dirasa. Pak Inche kata nak cari jam digital untuk bilik, jam yang ada cahaya supaya senang dia tengok jam malam-malam, hahaha.


Lepas beli jam, carikan sesuatu yang dihajatkan Iman sekian lama. Sekian lama dari sekolah rendah, sampai dah umur 19 tahun ni la baru dapat. Jangan ingat pakai main petik jari jer, kena capai KPI dulu, ambil hati mak bapak betul-betul, baru boleh diluluskan hajat tu. Sk tulis ni pun untuk kenangan, senang nak ingat nanti peristiwa sekian-sekian yang berlaku. Ni Pak Inche dah pesan dengan Iman jangan cerita kat kawan-kawan, tak apo, Mak Iman jer cerita kat kawan-kawan Mak Iman ya, hihi.


Makan Nasi Kandar Hijrah jer hari tu. Banyak betul nasinya walaupun dah minta nasi separuh. Patutlah nampak banyak meja yang makan tak habis, dah menimbun diletak nasi dalam pinggan tu. Kalau biasa kami makan sampai licin, hari tu terpaksa berhenti sebab dah kekenyangan macam nak meletop perut, hihi.


Malam tu Sk buat Lok Lok jer untuk makan malam sebab Iman pun kata tak larat nak makan. Ingatkan nak goreng mee atau masak ramen jer tapi memang betul-betul tak larat perut dan mata, hahah.


Pak Inche makan kerang bakar cicah sos cili thai. Sk makan beberapa ekor jer sebab Sk lebih suka makan Lok Lok. Lepas tu Pak Inche membebel, dah bawa jalan lepas tu komplen penat, tapi kata nak jalan-jalan. Iolah, orang jalan rilek-rilek, minum-minum, kopi-kopi... ni jalan dari hujung ke hujung mall mau tak penat, minum Tealive pun berebut berdiri sebab takut kena saman tak pakai mask masa minum air. Baik, lepas ni kita belajar minum ikut mata ya, hahahaha.


Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya pun jalan-jalan juga ni. Ikut Encik Suami pay kampung. Ingat nak ronda2 masuk kebun, tapi hujanlah pulak sampai sekarang. Hajat nak kuarkan peluh tak kesampaian. Akhirnya duduklah menyembang sambil minum2 pulak. Kejap lagi nak balik rumah.

    ReplyDelete
  2. betul la, saya pun perasan sejak asik kena duduk rumah, bila kena jalan2 cepat penat huwaa

    ReplyDelete
  3. Yayyy Iman dapat tab laaa, lepas ni senang nak update blog, ehhhh
    Kak, sejak pkpb ji kita nak ajak ank jalan pun mereka taknak, geram pulak..padahal kalau perginya jeee...eeee so kenalah tggu hujung minggu jalan gan laki huhuhu

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Terdelete la pulak...

    Wah, seronok betul SK dapat keluar dari sarang yer.. Iman lagi la suka tu.. 2 in 1...jom BDR.. Hahaha

    ReplyDelete
  6. Ayo bergabung di IONQQ dan nikmati deposit/withdraw yang cepat tanpa harus menunggu lama
    IONQQ menyedikaan bonus rollingan 0.3% dan referral 20%
    Ayo segera bergabung bersma kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
  7. makan-makan dia. nasi kandar hijrah tu ramai cakap sedap

    ReplyDelete
  8. Seremban kes makin tinggi, so tak dapat nak kemana- mana, KL pun sama..so kena la kami ni berhuhu je...nak jogging petang2 pun takut

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!